Kerajaan perpaduan macam lalang, kata Abdul Hadi

May 19, 2023 · Isu semasa

Kerajaan perpaduan laksana lalang yang mengikut tiupan angin serta hanya menurut telunjuk parti majoriti.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran ciptaan Pakatan Harapan (PH) yang menjenamakannya sebagai kerajaan perpaduan namun ia jelas berbeza dengan istilah sebenar dalam kamus politik semua bahasa.

“Cara mereka mengumpulkan sokongannya juga agak luar biasa daripada amalan biasa. Kerajaannya dipimpin oleh parti yang lebih kecil, berprinsipkan pragmatik dan didominasi oleh parti lebih besar yang nyata ideologinya.

“Turut bersamanya, kumpulan kecil dan individu yang oportunis. Gerak-gerinya selepas berkuasa laksana lalang yang mengikut tiupan angin,” katanya dalam catatan Minda Presiden, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata kerajaan perpaduan itu didominasi DAP yang jelas idealoginya bercanggah dengan Islam.

“Perpaduan sesama mereka berpegang kepada hablu al-nas (tali manusia), bukan kepada hablu Allah (tali Allah) seperti firman Allah dalam al-Quran supaya berpegang kepada-Nya.

“Pakatan ini didominasi oleh DAP yang nyata ideologinya bercanggah dengan Islam. Bahkan kenyataannya jelas menunjukkan mereka menentang Islam serta kepentingan Melayu Islam dan Bumiputera.

“Malah, pakatan itu turut disertai oleh parti yang pragmatik tanpa ideologi, termasuk juga kalangan yang tidak bersih kerana dihukum kesalahannya dan kalangan yang masih menanti keputusan mahkamah yang diusahakan untuk digugurkan atau dilepaskan kerana pendakwaan kes mahkamahnya dilakukan secara terpilih,” katanya.

Menurutnya lagi, dalam kerjasama itu turut disertai mereka yang sedang menunggu dan mahu menyelamatkan diri kerana kesalahannya atau kalangan oportunis daripada semua pihak.

“Terkini sekali lagi digemparkan dengan isu kalimah Allah yang sudah ada keputusan terdahulu oleh pihak hal ehwal agama di negeri masing-masing dan Jabatan Perdana Menteri yang terdahulu.

“Keputusannya adalah demi menjaga urusannya secara fatwa, berpandukan Siyasah Syari’yyah dan Maqasid al-Syari’ah dalam hubungan dengan bukan Islam yang menggunakan kalimah Allah, bukan berasaskan maksudnya yang asal atas sempadan menjaga perpaduan dengan memberikan hak yang saksama kepada semua pihak,” katanya.

Namun katanya, kerajaan tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam.

“Hakikatnya, sudah ada keputusan terdahulu, hanya kerajaan PH sahaja yang serba salah kerana pendiriannya yang bergoyang ditiup angin.

“Jika dilihat kembali, semua kenyataan pemimpin serta jurubicaranya yang paling lantang sebelum PRU-15 dan sewaktu berkempen sebelum menjadi kerajaan, betapa kerasnya ucapan mereka terhadap golongan yang dinamakan penyangak, perasuah dan jenama yang lain.

“Tiba-tiba mereka bersekongkol bagi menyempurnakan kerajaannya dengan mereka yang telah dinyatakan sifat sedemikian.

“Bahkan, diubah suaranya dengan melemparkan tuduhan semberono terhadap mereka yang terpilih menjadi sasaran dalam kalangan parti lawannya dan tokoh yang menolak kerajaannya, serta mereka yang tidak menyertai pakatannya,” katanya.

Abdul Hadi juga mendakwa kerajaan perpaduan kini tiada perpaduan dan langsung tidak menepati nama kerana ada parti yang tidak berkemampuan menghadapi masalah politik dalamannya dan hubungan dalam kalangan parti sahabatnya.

“Apa yang dapat dilihat dengan nyata dan secara terbuka wujud pergolakan, sekali gus menunjukkan tiada perpaduan dan langsung tidak menepati nama kerajaan perpaduan.

“Maka, bagaimana kemampuannya untuk menghadapi masalah negara yang lebih besar dan masalah antarabangsa yang mencabar?,” katanya.

Beliau juga mendakwa, kerajaan perpaduan mengalihkan perhatian dengan menyasarkan kepada parti pembangkang apabila tidak mampu menutup kelemahan dan kesilapannya yang terdedah kepada rakyat.

Berita berkaitan
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
9 jam lalu· Politik
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu· Isu semasa
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
18 jam lalu· Politik
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
22 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023 · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
October 2, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok