Kerajaan perlu selesai perkara lain sebelum Undi 18 dilaksana

November 3, 2021 · Isu semasa

Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata banyak perkara perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaannya kelak berjalan lancar termasuk isu daftar pemilih.

“Apabila perlembagaan dipinda pada 2019, jangka masa untuk pelaksanaan di bawah pindaan ini ialah sehingga 2023. Kalau kita lihat jarak masa yang diletakkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua proses pelaksanaan ini akan siap pada September 2022 dan sistem berkenaan akan berjalan lancar.

“…banyak perkara perlu dibuat contohnya daftar pemilih harus dibersihkan daripada senarai pengundi yang telah meninggal dunia, sakit, gila ataupun masuk penjara. Begitu juga mereka yang umur lebih 90 tahun yang kita ketahui melebihi jumlah 7,000 orang yang belum lagi dibersihkan daripada rekod daftar pengundi.

“Jadi itulah, makanya jangka masa (pelaksanaan Undi 18) itu bukan menjangkakan sistem ini boleh dilaksanakan dalam masa terdekat selepas perlembagaan dipinda,” katanya lapor Bernama semasa sesi soal jawab lisan.

Wan Junaidi menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahu alasan kerajaan perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum meneruskan pelaksanaan Undi 18 sedangkan perkara itu merupakan satu pindaan perlembagaan yang telah disepakati rentas parti pada era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, beliau berkata pandemik Covid-19 yang melanda negara turut mengekang pihak kerajaan dan SPR untuk mengambil tindakan secara terperinci bagi melaksanakan pindaan perlembagaan itu.

Menjawab soalan asal Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai langkah yang diambil SPR untuk memastikan pengundi 18 tahun akan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang, Wan Junaidi berkata SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi bagi mendekati warganegara khususnya belia yang masih diteruskan sehingga kini.

Beliau berkata sehingga 30 Sept lepas, APR melaksanakan Program Pendidikan Pengundi bersama-sama beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) secara bersemuka dengan mematuhi ketetapan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan penyertaan 2,740 pelajar manakala Program Pendidikan Pengundi Secara Maya adalah sebanyak 152 program dengan 50,858 jumlah tontonan.

“Program ini bertujuan memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia di samping menjawab isu-isu yang sering dibangkitkan semasa pillihan raya.

“Dengan kesedaran dan kefahaman tentang proses demokrasi dan pilihan raya, maka diharapkan mereka akan menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi semasa pilihan raya,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok