Kerajaan perlu sediakan garis masa buka sempadan negara: Muhyiddin

February 1, 2022 · Isu semasa

Kerajaan perlu menyediakan garis masa yang tepat untuk membuka semula sempadan negara bagi bagi memulihkan pelbagai kegiatan ekonomi termasuk perdagangan, perindustrian, pelaburan dan pelancongan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya telah mengusulkan kepada kepada kerajaan agar sempadan negara dibuka secara berperingkat bermula bulan lalu tetapi tidak diikuti, lapor Bernama.

“MPN telah usulkan supaya sempadan negara dibuka secara berperingkat secepat mungkin, kita cadang Januari, tapi belum buka juga. Kerajaan kena ada garis masa tepat – sebulan ke, dua bulan ke.. (buka sempadan).

“Kita tutup sepanjang masa tak boleh, proses pemulihan ekonomi takkan berlaku, sekarang memang ada (proses pemulihan ekonomi) tapi terbatas dan kita takkan berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan hari ini.

MPN sebelum ini mencadangkan sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun ini.

Menurut Muhyiddin pembukaan sempadan boleh dibuat secara berperingkat dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) tertentu termasuk kuarantin dan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan varian Omicron.

Berita berkaitan
Kelulusan dalam projek Jana Wibawa dibuat MoF bukan PMO: Muhyiddin
February 18, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Mampukah pengangkutan awam negara bertambah baik?
February 9, 2023· Isu semasa
Ronald dilantik Ketua Bersatu Sabah ganti Hajiji sokong Anwar
January 14, 2023· Politik
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok