Kerajaan perlu proaktif kawal inflasi, elak terjerumus hiperinflasi

June 13, 2022 · Isu semasa

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kenaikan inflasi disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih tinggi untuk makanan di luar rumah, tambang perjalanan udara serta pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian.

Inflasi keseluruhan meningkat kepada 2.3 peratus pada April berbanding 2.2 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya manakala inflasi teras turut mencatat peningkatan kepada 2.1 peratus berbanding 2.0 peratus bulan lalu.

Tambah BNM, eksport mencatat peningkatan 20.7 peratus berbanding 25.3 peratus pada Mac, mencerminkan kekukuhan yang berterusan merentas produk eksport Malaysia.

Pada masa hadapan, prestasi eksport akan terus mendapat manfaat daripada permintaan luaran dan peningkatan kitaran teknologi global.

Di samping itu, harga komoditi yang tinggi dan peningkatan pengeluaran akan memberikan dorongan selanjutnya kepada eksport. Namun, prospek perdagangan terus bergantung pada gangguan rantaian bekalan global dan konflik ketenteraan di Ukraine.

Dalam pada itu, situasi meletakkan Ringgit Malaysia berada pada paras terendah dalam tempoh 22 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Nilai tukaran itu dijangka te­rus menurun untuk tiga hingga enam bulan akan datang.

Antara punca utama kepada kejatuhan ringgit adalah dise­babkan pengukuhan mata wang dolar AS, kelembapan ekonomi China dan konflik antara Rusia dan Ukraine.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohammad Noorizuddin Nooh pula berpandangan, ringgit yang lemah boleh bertindak sebagai rangsangan kepada perniagaan Malaysia.

Menurutnya, peningkatan permintaan untuk produk domestik berkemungkinan akan menjana lebih banyak keuntungan untuk perniagaan tertentu seperti sektor pembuatan.

“Kadar pertukaran mempe­ngaruhi perbelanjaan pengguna harian negara dan juga mempengaruhi permintaan agregat ekonomi melalui kesannya ke atas kos eksport dan import.

“Malaysia adalah sebuah negara membangun, maka kadar pertukaran asing adalah pen­ting kepada pengimport dan pengeks­port yang besar dan ini akan turut memberi kesan kepada tahap keselamatan makanan dalam negara,” katanya.

Ujarnya, cabaran Malaysia untuk mengekalkan jaminan makanannya ekoran saiz populasi yang semakin meningkat di Malaysia, namun bekalan beras tempatan terhad.

“Pengeluaran beras tempatan nampaknya tidak mencukupi dan sejak beberapa tahun lalu, Malaysia bergantung pengeluaran beras dari negara lain yang mempunyai lebihan dengan mengimportnya ke dalam negara.

“Perkara ini juga sama untuk bahan dan bekalan makanan yang lain seperti ayam, daging, sayuran yang terpaksa diimport untuk memenuhi keperluan domestik,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Ekonomi, Prof. Madya Dr. Ahmad Fadhly Arham berkata, ekonomi negara berhadapan dengan inflasi dan besar kemungkinan berhadapan dengan si­tuasi hiperinflasi sekiranya tiada langkah-langkah intervensi yang terkawal dan berkesan diambil.

Jelasnya, kerajaan perlu menetapkan harga-harga siling bagi keperluan ha­rian yang lebih baik dan efektif selain jaringan kese­lamatan sosial yang berstruktur perlu dijalankan.

Tambah beliau, jika kerajaan tidak mengambil langkah proaktif, sudah tentunya akan memberi kesan terhadap kos sara hidup dan peningkatan terhadap harga-harga barang.

“Sebagai contoh, harga ubat-ubatan yang diimport, harga dedak ayam yang diimport semua perlu dibayar dengan harga nilai ringgit yang lebih besar.

“Ini sudah pasti akan menyebabkan peningkatan harga ubat-ubatan yang dijual di Malaysia dan memberi kesan terhadap harga ayam tempatan,” ujarnya.

Justeru, rakyat perlu bersedia untuk berubah dari segi mental dan sikap.

Katanya, langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat dan sentiasa mendahulukan ke­perluan daripada kehendak.

Berita berkaitan
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Zahid bidas Rafizi selepas sindir UMNO akan cadang Lembaga Kambing pula
June 26, 2022· Politik
PRU-15 segera supaya UMNO dapat tangani inflasi dengan cekap
June 26, 2022· Politik
Subsidi 2022 terbesar dalam sejarah bagi ringankan beban rakyat, kata MOF
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok