Kerajaan perlu fokus konsolidasi fiskal, PMKS dalam Bajet 2023: MASA

September 30, 2022 · Isu semasa

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mencadangkan supaya kerajaan meneliti dua bidang fokus khusus dalam Bajet 2023 iaitu konsolidasi fiskal dan memperkukuh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia Azril Mohd Amin berkata sehingga Jun 2022, hutang negara dilaporkan mencecah RM1.045 trilion, manakala pembayaran perkhidmatan hutang Kerajaan Persekutuan pula sebanyak RM43.1 bilion, atau bersamaan 18.4 peratus daripada hasil pendapatan negara.

Dalam pada itu, sebanyak RM19.8 bilion telah dibelanjakan untuk pembayaran semula kadar faedah hutang sedia ada menjelang akhir Jun 2022, katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia memerlukan kedudukan fiskal yang lebih kukuh dengan mengambil kira ketidaktentuan pasaran ekonomi global.

“Perbelanjaan operasi Malaysia terdiri daripada emolumen merangkumi hampir 37 peratus manakala caj persaraan sebanyak 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Dalam hal ini, langkah utama yang wajar dipertimbangkan adalah mengurangkan perbelanjaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini (30 September 2023).

Azril berkata kerajaan juga perlu perlu meneliti pendekatan alternatif bagi menguruskan aliran tunai secara sistematik serta mengurangkan bebanan perbelanjaan lebihan terhadap projek yang kurang memanfaatkan rakyat, sebaliknya meletakkan fokus utama kepada taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat berbanding pembinaan jalan raya atau pencakar langit.

“Kerajaan juga perlu merangka strategi penjanaan pendapatan yang baharu dengan menumpukan kepada peningkatan produktiviti nasional.

“Mengambil kira nilai percukaian meliputi hampir 73.2 peratus daripada jumlah hasil pendapatan, sumber pendapatan baharu harus diteroka termasuk memanfaat potensi bidang ekonomi digital dan automasi dalam meningkatkan daya saing dan produktiviti negara,” katanya.

Dari segi PMKS Azril berkata institusi perbankan harus membenarkan kelonggaran dari segi pembayaran balik serta penstrukturan semula pinjaman kepada pihak berkaitan.

“Dengan mengambil kira syor yang dikemukakan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN), moratorium yang spesifik perlu disediakan kepada para peniaga yang terkesan, pasca Covid-19.

“Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR sebanyak tiga kali turut menjejaskan momentum pemulihan ekonomi negara.

“Justeru, isu yang dihadapi oleh sektor PMKS perlu ditangani segera dan secara tuntas dalam Bajet 2023, melalui penyelesaian jangka pendek serta panjang yang berimpak tinggi demi menjamin kelangsungan PMKS,” katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh 

Berita berkaitan
Kegagalan epik timbalan menteri, model ekonomi syok sendiri
September 22, 2023· Rencana
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok