Kerajaan perlu beri pampasan kepada semua bekas PM juga: Mat Sabu

November 22, 2021 · Isu semasa

Selepas kontroversi hadiah tanah RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, kerajaan juga digesa agar mempertimbangkan untuk memberi pampasan RM1 bilion kepada semua bekas Perdana Menteri (PM) sebelum ini.

Gesaan tersebut dibuat Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang menyindir Najib dengan cadangan supaya kerajaan memikirkan inisiatif dalam bentuk imbuhan kepada semua bekas-bekas PM sebagai menghargai jasa mereka.

“Pampasan berjumlah RM500 juta kepada bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Bapa Pembangunan dan cukuplah RM300 juta kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pembangunan Moden yang berkhidmat selama 24 tahun (dua kali perdana menteri), kerajaan beri imbuhan sebanyak RM2 bilion, Tun Abdullah Ahmad Badawi RM100 juta dan Datuk Seri Najib Tun Razak RM100 juta,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata secara sinis imbuhan tersebut boleh diberikan walaupun ia akan membebankan kewangan negara demi memberi penghargaan kepada bekas-bekas PM.

“Biar negara bankrap pun tak apa, tapi yang penting imbuhan (diberikan) kepada pemimpin yang berkhidmat ini,” katanya.

Beliau merujuk isu permohonan Najib mendapatkan hartanah dan rumah di ibu kota yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta.

Terdahulu, media melaporkan Najib memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut menurut portal MalaysiaNow sudah menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan.

Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan pendedahan tersebut, bekas PM dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan membidas kerajaan kerana memberikan keistimewaan tersebut kepada Najib kerana berstatus banduan selepas disabitkan hukuman jenayah dan sedang dalam proses rayuan.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok