Kerajaan perlu berani walau dikritik, kata Muhyiddin

October 11, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun dikritik hebat semasa menjadi Perdana Menteri namun pendirian Kerajaan untuk membuka jalan bagi rentas negeri dan konsisten memberi vaksin tidak pernah berubah.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, tindakan berani mesti dilakukan berdasarkan fakta dengan melakukan perkara yang betul.

“Walaupun dikritik hebat sebelum ini, pendirian Kerajaan tidak berubah. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan mesti berani bertindak berdasarkan fakta dan melakukan perkara yang betul.

“Sering saya tekankan sewaktu mempengerusikan Sidang Khas MKN (Majlis Keselamatan Negara) Covid-19 dahulu bahawa suntikan vaksin ini merupakan “cahaya di hujung terowong” dan tanggungjawab kerajaan untuk melindungi penduduk di Malaysia.

“Alhamdulillah, hari ini, kita sudah mula melihat dan menikmati hasil kerjasama rakyat dan kerajaan serta pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Muhyiddin pernah memberitahu bahawa Malaysia akan mencapai imuniti kelompok pada akhir Oktober.

Dan setakat semalam, hanya tinggal 0.3 peratus lagi negara untuk lengkap vaksin.

Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen (MP) Pagoh itu berkata, sebelum ini kerajaan beliau pernah memberi kelonggaran kepada mereka yang lengkap divaksinasi pada Julai 2021 dan seawal Jun 2020 ketika lengkung jangkitan mula landai.

Sehubungan itu, katanya penting kerjasama menyeluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat terus konsisten dengan strategi memberi vaksin kepada seramai mungkin penduduk di negara ini.

“Lebih ramai yang divaksin, lebih ramai yang akan terlindung dari dijangkiti COVID-19 dengan teruk dan beban terhadap sektor kesihatan awam akan berkurang. Ini akan membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka dan kita beransur-ansur kembali ke kehidupan norma baharu dan beralih dari pandemik ke endemik.

“Dalam bergerak ke hadapan, jangan sesekali kita leka dan alpa kerana sememangnya virus ini masih berada di dalam komuniti,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok