Kerajaan percepat program vaksinasi, 100 peratus dos lengkap pada 0kt 2021

July 18, 2021 · Isu semasa

Ekoran kemunculan varian baharu Covid-19 yang lebih bahaya dan menular cepat, Putrajaya mempercepatkan lagi sasaran program vaksinasi kebangsaan bagi memastikan 100 peratus populasi dewasa di Malaysia menerima dos lengkap pada 0ktober 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sudah menempah lebih 76.1 juta dos vaksin, ia terdiri daripada 70 peratus jenis Pfizer, 23.4 peratus jenis Sinovac, 10 peratus Astrazaneca, 10.9 peratus CanSino dan 10 peratus daripada fasiliti Covax.

“Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah.

“Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata pada asalnya dijadualkan 80 peratus penduduk menerima dos lengkap sekitar suku pertama 2022, ia bagaimanapun perlu dipercepatkan lagi memandangkan kemunculan varian baharu yang menjadi penyumbang peningkatan kes yang tinggi dalam negara ketika ini.

“Jadual asalnya, 80 peratus penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Sasaran ini kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021.

“Kini, dengan penemuan varian-varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dan kes-kes positif meningkat dengan mendadak, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi,” ujarnya lagi.

Mengambilkira ancaman varian baharu tersebut, kerajaan kini menurut Muhyiddin akan mempercepatkan lagi pemberian vaksinasi kepada orang ramai khususnya golongan dewasa dengan mensasarkan 100 peratus populasi dewasa pada Oktober 2021.

“100 peratus populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021,” katanya lagi.

Bagi memastikan sasaran tersebut dicapai, kerajaan juga akan memastikan peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari.

Menurutnya lagi, berdasarkan sasaran baharu yang ditetapkan tersebut, 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.

Selain itu, 100 peratus populasi dewasa di Sarawak juga disasar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.

Dengan sasaran baharu ini, kerajaan menjangkakan hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus pada akhir bulan Ogos 2021.

Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70 peratus pada bulan September 2021.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok