Kerajaan pegang prinsip ‘semua tidak ketinggalan’: Ismail Sabri

October 4, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan berpegang teguh kepada prinsip “semua tidak ketinggalan” di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dilancarkan baru-baru ini dalam usahanya menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bertemakan ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’, RMK12 akan menangani perbezaan pembangunan antara negeri-negeri dan jurang pendapatan antara kumpulan sosioekonomi.

“Atas nama Keluarga Malaysia, kita akan memastikan bahawa keperluan asas seperti air, elektrik dan sambungan internet dipenuhi untuk semua rakyat Malaysia,” katanya lapor Bernama.

Ismail Sabri berucap semasa perasmian di Forum Khazanah Megatrends (KMF) 2021 dengan tema “The Invention of Tomorrow: Crafting Our New Collective Narrative”, yang diadakan secara maya hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Ismail Sabri, yang juga pengerusi Khazanah, memberi jaminan Bajet 2022, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober, akan menangani semua masalah fiskal semerta dengan kadar segera.

“Dan pada tahun ini, untuk pertama kalinya, kita telah mengeluarkan Kenyataan pra-Bajet untuk menyatakan hasrat bagi belanjawan dan kita juga telah mengedarkan lima kertas konsultasi awam mengenai pelbagai isu pembaharuan struktural,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata Majlis Pemulihan Negara akan memainkan peranan utama dan aktif dalam memulihkan kesihatan dan kesejahteraan ekonomi negara.

“Kita akan mengambil pendekatan sosial yang luas dan inklusif untuk kebaikan Malaysia, menyusun strategi dan pelbagai taktik yang akan membawa kita keluar daripada kemelut pandemik kepada rancangan yang selamat dan mampan dalam menjalani kehidupan dengan senario Covid-19 endemik,” katanya.

Mengenai situasi Covid-19, Perdana Menteri berkata Malaysia mesti bersedia untuk menerima hakikat bahawa negara tidak lagi dapat kembali kepada keadaan bebas “normal’ masa lalu.

“Kita akan melaksanakan dasar yang menggalakkan sikap dan tingkah laku yang diperlukan dalam senario ini.

“Rakyat Malaysia akan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, dipercayai untuk menjalankan tanggungjawab, dan sebagai balasannya, dapat menikmati penyambungan semula kegiatan sosial dan ekonomi – sejajar dengan laluan jelas yang telah ditentukan oleh strategi kerajaan,” tambah beliau.

Mengenai konsep Keluarga Malaysia, Ismail Sabri turut menyaran rakyat Malaysia agar mempunyai sifat penyatuan dan saling menghormati.

“Hasrat kita mestilah semua rakyat Malaysia harus berusaha untuk kesejahteraan, keamanan ekonomi, peluang yang sama, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan, keadilan sosial dan saling menghormati.

Ismail Sabri seterusnya menekankan bahawa sebagai sebuah keluarga – Keluarga Malaysia – keperluan paling mendesak di negara ini harus diselaraskan sepenuhnya.

“Ia seharusnya bukan persaingan politik, tetapi harus sebagai penyatuan dan kerjasama negara.

‘’Ini adalah kerajaan yang inklusif – semua pendapat akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” tambahnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
22 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
22 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok