Kerajaan pantau ketat penghinaan terhadap agama, institusi Raja: Saifuddin

April 24, 2021 · Isu semasa

Sebarang bentuk penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi Raja akan sentiasa dipantau ketat kerajaan memandangkan sensitiviti isu-isu tersebut yang boleh menggugat perpaduan dikalangan rakyat, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menggesa orang ramai supaya lebih sensitif dengan setiap kenyataan mereka di dalam media sosial kerana tindakan tegas boleh diambil sekiranya ia didapati menyalahi undang-undang.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati bila posting di media sosial kerana ada masanya perkara yang kita muat naik tidak salah pada kita, namun ia mungkin sensitif dari segi budaya, agama dan sebagainya.

“Ramai juga dalam kalangan pengguna media sosial yang menggunakan bahasa tidak sesuai seperti bahasa lucah atau maki hamun, tapi kalau ia masih bersifat umum dan tidak kena pada orang tertentu itu terserah kebebasan masing-masing dan pembaca atau follower (pengikut) menilai sendiri,” katanya dilapor Bernama.

Saifuddin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional sentiasa menyokong dan menegakkan kebebasan media termasuk di media sosial, namun ia mesti tidak melampaui batas.

“Tetapi bila ia sampai kepada soal agama, kaum dan Raja-raja Melayu, yang ini kita monitor (pantau) dengan ketat,” katanya lagi.

Majoriti pengguna media sosial di Malaysia juga, menurut Saifuddin ‘cukup baik dan beretika’ dalam memuat naik maklumat berkaitan keluarga, rakan-rakan, pengumuman yang hendak dilakukan atau memberikan pendapat tentang sesuatu isu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berharap masyarakat dapat menjaga etika semasa menggunakan media sosial terutamanya ketika Ramadan supaya kemashalatan umat, penyatuan ummah, kerukunan ibadat dan ketenangan pada bulan mulia ini terpelihara.

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Fahmi Reza direman sehari selepas ditahan di ibu kota semalam, berhubung hantaran berkaitan Tunku Azizah.

Siasatan terhadap aktivis itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita berkaitan
PRN: PN Pahang turun kempen di Selangor, Kelantan dan Terengganu
June 16, 2023· Politik
Saifuddin nafi ada kaitan dengan individu ditahan Akta Hasutan
April 15, 2023· Isu semasa
Pendakwaan terhadap Muhyiddin kerja kotor PH-BN, kata Saifuddin
March 9, 2023· Politik
Ini fitnah apa pula, soal Radzi berhubung isu kemudahan kereta bekas menteri
January 6, 2023· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok