Kerajaan P. Pinang sedia bekerjasama dengan SPRM tangani rasuah

September 30, 2022 · Isu semasa

Kerajaan negeri Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pegawai yang terlibat dalam sebarang amalan rasuah dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Chow berkata kerajaan negeri mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap jenayah rasuah yang melibatkan penjawat awam di negeri itu kerana ia selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik CAT; yakni kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, yang diamalkan Pulau Pinang sejak 2008, menurut laporan Bernama.

“Tiada sesiapa pun yang kebal daripada undang-undang; dan penjawat awam sama ada dari pihak berkuasa dan agensi Persekutuan, negeri atau tempatan; sesiapa sahaja yang didapati terlibat menerima rasuah, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu, perlu disiasat dan didakwa secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun Chow berkata kerajaan Pulau Pinang mahu supaya SPRM telus dalam mendedahkan jumlah kes yang dibawa ke mahkamah dan jumlah penjawat awam yang didapati bersalah.

“Kami menuntut ketelusan di pihak SPRM kerana kami tidak mahu imej penjawat awam Pulau Pinang dan kerajaan negeri tercemar hanya dengan jumlah aduan yang diterima sejak 2019,” katanya.

Difahamkan Chow berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam yang berkata bahawa kesalahan menerima rasuah, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang adalah membimbangkan.

Azam dilaporkan berkata berdasarkan statistik, SPRM menerima 919 aduan mengenai pelanggaran undang-undang berkaitan rasuah di Pulau Pinang sejak 2019 hingga sekarang.

Berita berkaitan
Ketua Menteri Pulau Pinang akan saman ahli perniagaan selepas dikritik ‘tak cekap’
October 19, 2023· Isu semasa
Guan Eng nafi terlibat jatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang: Laporan
October 17, 2023· Politik
Premis tidak kibar Jalur Gemilang tidak akan dikompaun, kata Ketua Menteri Pulau Pinang
August 26, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok