Kerajaan nafi tak layan bantahan nelayan dalam isu tambak P. Pinang: PMX

April 28, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedia mendengar sebarang keluhan atau bantahan daripada nelayan tempatan berhubung projek Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Para nelayan sebelum ini mendakwa cubaan untuk berjumpa dengan PMX tidak dilayan, ia selepas kelulusan diberikan dalam pembinaan projek tiga pulau buatan baru-baru ini di Pulau Pinang.

“Kalau mereka mahu kemukakan bantahan kita akan dengar dan kerajaan negeri juga akan berikan penjelasan,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Perdana Menteri menegaskan projek PSI itu pada masa ini menerima kelulusan bersyarat daripada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

“EIA meluluskan pada prinsipnya dengan 71 syarat. Jadi kita telitilah. Saya dah kemukakan beberapa kebimbangan terutama (bagi) pihak nelayan dan penduduk setempat yang berbilang kaum dan biarkan proses ini berjalan,” katanya.

Sebelum ini Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara) melahirkan rasa kecewa dan mendakwa usaha mereka untuk berjumpa Perdana Menteri bagi membincangkan isu PSI ‘tidak dilayan’.

Projek penambakan laut secara besar-besaran itu mendapat bantahan nelayan tempatan di situ yang mendakwa bakal terjejas sumber pendapatan dan hasil laut mereka.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan PSI mendapat kelulusan EIA daripada JAS Putrajaya bertarikh 11 April lepas, dengan 71 syarat yang perlu dipenuhi.

Chow berkata laporan EIA yang diluluskan itu akan dimuat naik dalam laman sesawang Penang Infrastructure Corporation (PIC) untuk bacaan umum.

PSI membabitkan pembangunan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu· Isu semasa
Guan Eng yang ada kes mahkamah kata Sanusi merbahaya
May 31, 2023· Politik
Izzah jawab spekulasi dicalonkan untuk PRN P.Pinang
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
1 jam lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok