Kerajaan mohon lucut hak wang, aset bekas pengarah eksekutif 1MDB

September 30, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah kereta dan juga hartanah daripada bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee.

Wang tunai berjumlah RM156,500 itu terdiri daripada baki akaun simpanan dan semasa Casey Tang di empat bank iaitu RM89,300 di Maybank Islamic Berhad; RM13,000 di CIMB Bank Berhad; RM600 di RHB Bank Berhad; dan RM53,600 di AmBank Berhad.

Kenderaan itu pula ialah Subaru XV2.01 yang dirampas pada Januari 2021, dan kerajaan juga sedang berusaha untuk merampas sebuah banglo di Bandar Kinrara dan sebuah lot kedai di Bandar Puchong Jaya.

Kerajaan memfailkan saman pelucutan hak terhadap Casey Tang pada November 2021, mengikut Subseksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Casey Tang disenaraikan sebagai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia dan lokasinya ketika ini tidak diketahui.

Notis dalam warta itu dikeluarkan pada 1 Ogos lepas, yang mempelawa mana-mana pihak ketiga untuk hadir sendiri atau diwakili peguam bagi mencabar tindakan pelucutan hak sebelum perbicaraan.

Ini bagi membolehkan pihak ketiga mengemukakan tunjuk sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucut hak oleh kerajaan.

Apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini, timbalan pendakwa raya Noor Zalizan Lazarous memaklumkan kepada mahkamah bahawa responden (Casey Tang) tidak diwakili.

Pada ketika ini peguam Muhamad Al-Muazzim Azmi Amin berdiri dan berkata bahawa anak guamnya iaitu, Maybank Islamic, sedang berusaha untuk menuntut sebahagian daripada aset yang disasarkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Okt ini untuk sebutan seterusnya. – Bernama

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
26 minit lalu· Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022· Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok