Kerajaan kena susun semula ekonomi, kata firma penarafan

September 22, 2022 · Isu semasa

Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada penyusunan semula ekonomi yang dimulakan dengan Rancangan Malaysia Ke-12, menurut MARC Rating Corp Bhd – firma yang menawarkan analisis industri, laporan dan indeks penarafan untuk penerbit serta pelabur peringkat tempatan dan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC Datuk Jamaludin Nasir berkata penyusunan semula ekonomi perlu dilaksanakan untuk rakyat berhijrah daripada ekonomi semasa iaitu pada tahap rendah dan banyak bergantung kepada kos pengeluaran lebih rendah dan buruh asing, kepada ekonomi peringkat pertengahan dan tinggi.

“Kita perlu menempatkan semula sumber untuk memastikan kita meningkatkan rantaian nilai ekonomi daripada ekonomi kos rendah kepada ekonomi pertengahan dan lebih tinggi dengan menambah baik pengeluaran tempatan, penyelidikan dan pembangunan serta bakat, sejajar dengan bagaimana kita berjaya menarik syarikat yang berkualiti ke negara ini.

“Penyusunan semula (ekonomi) sewajarnya dilaksanakan pada masa ini ketika rakyat mula mengambil berat mengenai ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Jadual Liga Pengurus Utama MARC Rating 2021 di Kuala Lumpur, hari ini, menurut Bernama.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka apabila menyatakan perdana menteri tidak memandang serius isu ekonomi yang sedang membelenggu negara ketika ini.

Ini termasuk masalah inflasi yang semakin tinggi hingga membebankan rakyat dan kejatuhan nilai ringgit paling teruk dalam tempoh 24 tahun sejak krisis kewangan Asia sebelum ini.

Pada Rabu (21 September 2022) nilai ringgit terus merudum ke paras terendah sepanjang masa berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi pembukaan dagangan iaitu mencecah paras 4.5600 bagi AS$1.

MPN juga sebelum ini telah memberi cadangan supaya Ismail Sabri menguruskan ekonomi dengan berkesan, kerana majlis itu tidak mempunyai kuasa melaksanakan sebarang keputusan.

Mengenai Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober, beliau berkata kerajaan juga perlu memberi tumpuan untuk melaksanakan subsidi bersasar supaya wang tersebut boleh digunakan untuk menyokong pertumbuhan negara.

Berasaskan tahunan, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM60 bilion hingga RM80 bilion untuk subsidi.

Mengulas mengenai unjuran negara, beliau berkata memandangkan ringgit semakin merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang ketika ini melebihi penanda aras 4.5, dijangkakan, terdapat kebimbangan mengenai inflasi diimport pada tahun depan.

Ia berikutan negara banyak bergantung kepada makanan import yang menyumbang lebih 50 peratus daripada rantaian bekalan makanan, katanya.

“Sekuriti makanan akan menjadi isu. Justeru, kami menjangkakan ekonomi kita akan merosot, berkembang pada kadar lebih perlahan di bawah 5.0 peratus pada 2023 berbanding peningkatan keseluruhan pada tahun ini.

“Walaupun pertumbuhan lebih rendah, ia merupakan pertumbuhan yang positif kepada Malaysia, lebih baik berbanding negara lain yang mungkin mencatatkan pertumbuhan negatif,” katanya.

Jamaludin turut menjangkakan Bajet 2023 akan terus menjadi bajet pengembangan dengan tumpuan untuk melahirkan lebih banyak pekerjaan dan menambah baik kemahiran dan kemampuan bakat tempatan.

Mengenai prestasi bank-bank pelaburan di negara ini pada tahun ini, beliau berkata kebanyakannya berdepan cabaran disebabkan kadar faedah lebih tinggi.

“Malah, terdapat janji niaga yang lebih kecil kerana kebanyakan pengeluar berpotensi yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Susulan kenaikan kadar faedah Fed yang terkini, kami turut meramalkan Bank of England akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi,” kata Jamaludin.

Berita berkaitan
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu· Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
22 jam lalu· Isu semasa
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022· Politik
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Sokong tubuh RCI siasat kerajaan bayar RM6 bilion tapi LCS tak siap
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
September 30, 2022 · Isu semasa
Kerajaan perlu fokus konsolidasi fiskal, PMKS dalam Bajet 2023: MASA
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok