Kerajaan kekal tak iktiraf UEC

July 27, 2022 · Isu semasa

Kerajaan kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) – sijil lepasan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) – kerana ia bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata UEC yang dilaksanakan di SMPC menggunakan kurikulum yang digubal serta dibangunkan Dong Zong – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia – selain menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.

Sehubungan itu katanya, kerajaan hanya akan mempertimbangkan penyelesaian berhubung pengiktirafan terhadap UEC jika ia diubah supaya selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, melaksanakan kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan yang sama.

“Penetapan ini adalah bagi memenuhi aspirasi serta keperluan negara pada masa hadapan dan sebagai usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selaras prinsip Rukun Negara.

“Oleh itu, UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa depan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini (27 Julai).

Beliau menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sama ada kerajaan berhasrat mengiktiraf UEC yang digunakan di SMPC, untuk kemasukan ke universiti awam, dan bila peruntukan kerajaan akan disalurkan kepada SMPC pada tahun ini.

Dalam pada itu, Radzi memaklumkan bahawa kementeriannya tidak tidak pernah menyalurkan sebarang peruntukan kewangan kepada SMPC.

“Ini disebabkan sistem pendidikan SMPC yang menawarkan UEC adalah tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta 550 dan lain-lain perundangan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
August 14, 2022· Isu semasa
KPM siasat sekolah jemput Haqiem Stopa: Radzi
July 7, 2022· Isu semasa
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Proses pertukaran guru akan disusun semula: Radzi
May 16, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
10 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok