Kerajaan kaji implikasi asing kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya

September 4, 2022 · Isu semasa

Kerajaan masih mengkaji implikasi kepada cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya walaupun banyak negara lain termasuk negara Komanwel yang telah melakukan pengasingan tersebut namun cadangan itu tidak mudah dilaksanakan, menurut laporan Bernama.

Jelasnya untuk cadangan itu dilaksanakan di Malaysia, sebanyak 19 undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

Selain itu, perkara tersebut juga melibatkan kos yang memerlukan penambahan kepada perbelanjaan kerajaan.

“Apabila diasingkan Peguam Negara perlu ada pejabatnya sendiri, perpustakaan, staf serta penasihat sendiri kerana tidak lagi boleh berkongsi dengan pendakwa raya.

“Kita juga tidak tahu berapa juta diperlukan setahun untuk membiayai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan wang deposit pembelian tanah Masjid Kampung Sejingkat, di Kuching hari ini.

Wan Junaidi berkata secara peribadi beliau menyokong cadangan pengasingan kuasa itu namun kajian menyeluruh diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Semalam, penganalisis politik dari Universiti Sunway, Prof Wong Chin Huat dalam tulisannya yang dilaporkan dalam media tempatan mencadangkan agar pengasingan peranan pendakwa raya daripada Peguam Negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, cadangan tersebut perlu supaya pendakwa raya boleh ‘bebas’ daripada sebarang gangguan politik.

Berita berkaitan
Lantikan semula AG: Saya tidak terbabit langsung kata Azalina
March 4, 2023· Isu semasa
PH enggan ulas pendedahan bekas AG, DAP kata Tommy Thomas bukan ahli
October 26, 2022· Politik
Dr Mahathir beri penjelasan sebab pilih Tommy Thomas, tak tahu berat sebelah
October 25, 2022· Isu semasa
Wan Junaidi beri sebab Jho Low masih tidak dapat tangkap
October 14, 2022· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
2 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
2 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok