Kerajaan janjikan perkhidmatan kesihatan terbaik, kata PM

April 7, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi memberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited menyediakan akses kesihatan terbaik kepada rakyat negara ini dan warga asing yang menetap di Malaysia, khususnya ketika pandemik Covid-19 sekarang.

Dalam kenyataan sempena Hari Kesihatan Sedunia hari ini, beliau mengajak semua pihak menjaga kesihatan diri dan berusaha mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan atau diet yang seimbang serta melakukan aktiviti riadah dengan lebih kerap.

“Sehingga awal bulan April 2021, lebih 130 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti virus Covid-19 dan mencatatkan lebih 2.85 juta kematian.

“Di Malaysia pula, sebanyak 353,329 kes jangkitan Covid-19 telah direkodkan sehingga 6 April 2021 dengan 1,300 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan.

“Walaupun jangkitan Covid-19 di Malaysia telah mula menunjukan trend penurunan, situasinya masih belum stabil. Kita telah bersama-sama berdepan dengan ancaman wabak Covid-19,” katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada seluruh petugas barisan hadapan kesihatan atas usaha dan kerja keras tanpa jemu memberikan perkhidmatan yang terbaik, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19.

Dalam ucapan berasingan merasmikan penutup Ekspo dan Sidang Kemuncak Pendidikan TVET 2021, Muhyiddin berkata, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah antara pilihan yang sesuai untuk pelajar yang masih mencari arah masa depan kerjaya.

Katanya, TVET bukanlah pengajian kelas kedua untuk mereka yang tercicir atau kurang cemerlang, sebaliknya, kerjaya berasaskan kemahiran yang ditawarkan menerusi pengajian TVET mampu menjanjikan pendapatan lumayan.

“Bagi anak-anak dan ibu bapa yang berada di persimpangan jalan dalam mencari arah masa depan kerjaya yang sesuai, saya ingin yakinkan saudara dan saudari bahawa pengajian TVET adalah antara pilihan yang sesuai,”katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok