Kerajaan jangka kutip RM272.6b tahun depan, susut 4.4 peratus

October 7, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan menjangkakan mengumpul RM272.6 bilion hasil pada 2023, susut 4.4 peratus daripada anggaran tahun ini.

Dalam Laporan Penunjuk Ekonomi Malaysia 2023 yang dikeluarkan sempena pembentangan Bajet tahun depan di Dewan Rakyat hari ini (7 Oktober 2023), kerajaan juga diunjur mengurangkan perbelanjaan mengurusnya sebanyak 4.3 peratus atau RM272.34 bilion pada 2023 berbanding anggaran disemak 2022 sebanyak RM284.7 bilion.

Bagi perbelanjaan pembangunan bersih, kerajaan juga dianggarkan membelanjakan sejumlah RM94.3 bilion, meningkat 32.4 peratus daripada tahun sebelumnya, dan tertinggi, sekali gus dianggap sebagai ‘bajet Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Ke arah pertumbuhan inklusif dan mampan, kerajaan akan melaksanakan pembangunan dan menyediakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dan masyarakat.

“Untuk mencapai keterangkuman di seluruh negara, tumpuan akan diberikan kepada langkah untuk menaik taraf dan mengembangkan kemudahan pendidikan dan penjagaan kesihatan serta perhubungan pengangkutan dan komunikasi,” kata laporan itu.

Laporan itu menyatakan Bajet 2023 juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, dengan tumpuan khusus untuk meningkatkan kesalinghubungan, dari segi pengangkutan dan internet.

Kerajaan juga bersedia untuk mengurangkan perbelanjaannya dengan ketara terhadap Dana Covid-19 pada 2023, menandakan komitmennya kini difokuskan untuk membina daya tahan ekonomi dalam fasa pemulihan pasca pandemik.

Dalam unjuran 2023, kerajaan diramal menyumbang hanya RM5 bilion kepada Dana Covid-19 atau pengurangan 82.6 peratus daripada tahun sebelumnya.

Perkara di atas merujuk kepada dana amanah khusus yang ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Akta Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Coronavirus 2019) untuk membiayai pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
22 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
UMNO dan Pakatan Harapan masih kekok berkempen, masih keliru narafif politik
December 1, 2022· Politik
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
November 29, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok