Kerajaan gigih capai imuniti kelompok mengikut sasaran PPN: PM

June 20, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin negara boleh mencapai imuniti kelompok seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan usaha gigih dilakukan kerajaan dan agensi terlibat.

Beliau memberi jaminan kerajaan akan terus berusaha bersungguh-sungguh termasuk menambah bekalan vaksin Covid-19 dan memastikan ianya tiba mengikut jadual.

“Saya sedar di luar sana ramai yang bertanya, kenapa tak buat itu, kenapa tak buat banyak-banyak lagi, saudara Khairy (Khairy Jamaluddin) dah maklumkan berkali-kali memang kita boleh buat kalau banyak vaksin.

“Kemudian kita terhad dan terbatas bukan kerana kita tak nak atau kerajaan sekat… tidak… kita kalau boleh nak habiskan semua dalam sebulan dua ni.

“Tetapi kita tak boleh kawal yang itu (bekalan vaksin) kerana pembekalnya datang daripada luar negara, jadi terpaksalah kita tunggu giliran kita, tapi dah terjamin bekalan itu akan tiba dalam satu masa yang telah dijadualkan,” katanya selepas melawat ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah proses pendaftaran vaksinasi perlu dipertingkatkan.

“Sekarang ini dah diberikan banyak kemudahan, boleh daftar secara MySejahtera, ‘online’ atau secara fizikal, atau kalau dah ada di tempat mereka itu PPV mikro yang dibuat sampai di kampung, masjid, surau.

“Mereka boleh turun sahaja ke situ, bawa IC (kad pengenalan diri) dan akan didaftarkan dan nama yang dah dapat itu akan dimasukan ke dalam sistem MySejahtera,” katanya.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan, yang membantu melancarkan proses vaksinasi di PPV.

“Saya lihat tadi bersemangat, pagi-pagi datang sampai lewat petang dan malam, bekerja. Jumlah yang kita perlukan masih ramai, jadi kalau boleh mereka tampil ke depan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan, dan boleh mempermudah dan mempercepatkan proses vaksinasi kita,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok