Kerajaan gagal lucut hak jam, barang kemas Najib, Rosmah

November 14, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan hari ini (14 November 2022) gagal melucuthakan beribu-ribu barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, ketika serbuan di kondominium mewah Pavilion Residences pada 2018.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan bahawa barang berharga itu dikaitkan dengan dana 1MDB.

Pendakwa raya memfailkan permohonan untuk melucut hak 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang dirampas daripada unit kondominium itu pada 17 Mei 2018 yang dituntut oleh Najib dan Rosmah sebagai milik mereka, menurut BH.

Jam tangan itu turut dituntut oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menuntut barang kemas dan beg tangan berkenaan.

Pendakwa raya memberitahu mahkamah mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan meminta penangguhan supaya pihak berkuasa boleh terus menyimpan barang yang dirampas.

Tetapi hakim menolak permintaan mereka.

“Saya mendengar permohonan menerusi afidavit difailkan pemohon dan pihak-pihak ketiga, iaitu Najib dan Rosmah. Saya juga sudah menimbang hujahan bertulis semua pihak.

“Selain itu, pendakwaan memaklumkan seutas gelang berlian bernilai AS$220,500, dipulangkan kepada syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, kerana Rosmah sudah tidak berminat dengannya lagi.

“Sebab itu jumlah barang kemas menjadi 2,435, manakala jumlah jam dan beg tangan masih sama. Syarikat terbabit menarik balik tuntutan berkenaan di mahkamah,” katanya.

Najib dan Rosmah ialah pihak ketiga dalam permohonan itu.

Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barang yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemuka alasan sebab barang itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin dan Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, manakala Najib dan Rosmah diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Tania Scivetti, Azamuddin Abd Aziz dan Iskandar Shah Ibrahim.

Najib telah disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang tetapi masih berdepan perbicaraan dalam beberapa kes lain yang berkaitan dengan 1MDB.

Rosmah juga didapati bersalah meminta dan menerima rasuah RM194 juta berkaitan kontrak kerajaan RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga solar kepada sekolah luar bandar di Sarawak pada 1 September lalu.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta tetapi membuat rayuan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022· Isu semasa
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
November 30, 2022· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
2 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok