Kerajaan DAP P. Pinang tidak akan bayar satu sen kepada Kedah

October 28, 2021 · Isu semasa

Satu sen pun tidak akan dibayar Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada tuntutan Kedah berhubung isu pajakan, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

Kon Yeow selaku pemimpin nombor satu kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP juga menegaskan Kerajaan Pusat tidak perlu membayar sebarang tuntutan selain daripada perjanjian sedia ada, malah tidak akan melayan sebarang tuntutan tidak masuk akal dibuat Kerajaan Negeri Kedah.

“Kerajaan negeri tidak akan membayar apa-apa kepada Kedah.

“Kerajaan Pusat juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan yang luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada,” katanya lapor sebuah portal hari ini.

Beliau mengulas mengenai Kerajaan Negeri Kedah yang mahu menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Pusat bagi pajakan negeri Pulau Pinang.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, tuntutan itu adalah salah satu permohonan kerajaan negeri dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan esok.

Sanusi berkata, selama ini Kedah hanya menerima bayaran pemberian khas sebanyak RM10 juta setahun bermula 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun sejak pajakan itu bermula pada 1786.

Katanya, tuntutan bayaran RM100 juta setahun itu disifatkan sebagai satu nilai yang kecil bagi pihak kerajaan Persekutuan jika dibandingkan dengan pendapatan yang dijana negeri Pulau Pinang.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok