Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023

January 26, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Pulau Pinang berharap Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb depan, dapat meluluskan projek infrastruktur yang akan membawa impak positif kepada negeri dan wilayah utara.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek ini termasuk Projek Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi jajaran George Town-Butterworth yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun lepas, lapor Bernama.

“Kita mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menghargai sumbangan Pulau Pinang. Selain itu, banyak agensi negeri dan Persekutuan termasuk Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ada mengemukakan projek untuk dipertimbangkan.

“Semua ini harus diihat bukan sahaja dari sudut (manfaat) kepada Pulau Pinang tapi untuk seluruh wilayah utara demi memacu pembangunan di wilayah utara melalui pelaksanaan projek sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kadun Padang Kota di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara projek keutamaan yang dikemukakan NCIA adalah pembinaan lebuh raya dan lebuh raya bertingkat dari Juru ke Sungai Dua.

Katanya kedua-dua projek ini perlu diberi keutamaan kerana keadaan kesesakan jalan raya yang amat genting ketika ini.

“Mungkin tidak semua projek yang kita telah kemukakan akan diluluskan tapi kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan kepada projek yang akan membawa impak positif kepada pembangunan wilayah utara dan Pulau Pinang,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Ketua Menteri umum empat ADUN angkat dari PH di kerusi Bersatu
March 8, 2023· Politik
4 kerusi DUN Pulau Pinang dikosongkan tiada PRK, kata SPR
March 7, 2023· Politik
Bersatu bidas tindakan terhadap 4 ADUN Pulau Pinang, dakwa bermotif politik
March 7, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok