Kerajaan campuran pilihan terbaik jika Parlimen tergantung: Pakar

September 4, 2022 · Isu semasa

Pembentukan kerajaan campuran adalah pilihan terbaik sekiranya Parlimen tergantung setelah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selesai, di mana tiada satu gabungan parti pun yang memperoleh majoriti mudah atau sekurang-sekurangnya memenangi 121 kerusi.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood ketika mengulas kebimbangan Parlimen tergantung, berkata pembentukan kerajaan campuran adalah langkah paling selamat demi kestabilan negara berbanding mengadakan semula PRU yang pastinya mengambil masa selain menelan kos berganda.

Tanpa menafikan parti yang dapat menguasai sejumlah kerusi dalam Dewan Rakyat boleh membentuk kerajaan sekali pun tanpa majoriti mudah, beliau menegaskan kerajaan yang dibentuk itu berdepan situasi sukar jika berlaku undi tidak percaya.

Katanya, pembentukan kerajaan menerusi pelantikan Perdana Menteri perlu mengambil kira situasi politik semasa bagi mengelakkan usul tidak percaya dan mengulangi ketidakstabilan politik berpanjangan sepertimana berlaku sebelum ini.

“Benar, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri berdasarkan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, namun Seri Paduka perlu membaca suasana politik semasa sekiranya pemimpin itu kalah dalam undi tidak percaya di Parlimen.

“Jadi salah satu cara adalah menubuhkan kerajaan campuran. Itu pun kalau parti-parti terbabit tidak berlaga angin. Itu saja pilihan terbaik selain pilihan raya semula,” katanya menurut Utusan.

Pada 21 Ogos lalu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kebimbangan berlakunya Parlimen tergantung sekiranya tiada parti mampu membentuk majoriti mudah 112 kerusi, selepas PRU-15.

Beliau berkata sekiranya Parlimen tergantung berlaku, maka gabungan kerjasama politik perlu dibentuk semula.

Menyusul kenyataan Ismail Sabri, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga berkata bukan senang bagi parti politik yang bertanding pada PRU-15 untuk memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata kesukaran itu akan turut dirasai UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berdepan pelbagai masalah ketika ini.

“Setiap lima tahun mesti ada pilihan raya. Kita tahu pilihan raya ini mungkin tidak membuahkan hasil yang baik kerana tidak ada satu parti pun, menurut pendapat ramai, mampu membentuk kerajaan,” katanya.

Keputusan PRU tergantung bukanlah satu perkara baharu apabila Pakatan Harapan (PH) selepas PRU-14 hanya menang 109 kerusi berbanding BN (79 kerusi). PH kemudian membentuk Kerajaan Pusat dengan kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan).

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, parti yang menguasai Dewan Rakyat boleh membentuk kerajaan sekalipun enggan menubuhkan kerajaan campuran.

Namun, katanya kerajaan seperti itu perlu memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan parti lain seperti amalan negara-negara, seperti seperti Kanada dan Australia.

“Pakatan secara CSA boleh berjalan dengan baik. Cuma kalau ada masalah sikit saja jika timbul isu hilang sokongan sepertimana Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang bila-bila masa boleh goyah,” katanya lagi.

Menurutnya keutuhan sokongan parti itu dijamin menerusi Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan baru-baru sekali gus dilihat menyekat ahli-ahli Parlimen melompat parti.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
2 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok