Kerajaan beri lanjutan enam bulan kepada Lynas, PMX sahkan

May 8, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.

Beliau berkata, lanjutan masa itu bagaimanapun disertai dengan syarat ketat dan akan sentiasa dipantau, menurut laporan Bernama.

“Saya rasa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang akan memberikan penjelasan terperinci, tetapi daripada pemahaman kami, lanjutan adalah dengan syarat dan dipatuhi dengan ketat,” katanya ringkas.

Sebuah portal terdahulu melaporkan Lynas diberikan lanjutan masa itu susulan rayuan dikemukakan syarikat itu berhubung empat syarat dikenakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Rayuan itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk memastikan pengeluar nadir bumi itu boleh meneruskan operasi di kilang mereka di Gebeng, Kuantan selepas 1 Julai.

Lynas sebelum ini berulang kali mempertahankan bahawa kilangnya selamat dan menegaskan pelaksanaan syarat pelesenan sedemikian akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan di Malaysia.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
4 jam lalu· Isu semasa
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
19 jam lalu· Politik
Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan
20 jam lalu· Isu semasa
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
12 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok