Zafrul beri jaminan siasatan terperinci Prasarana berhubung insiden LRT

May 25, 2021 · Isu semasa

Susulan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya semalam ,kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kesemua mangsa diberi rawatan menyeluruh.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, terkesan dengan insiden itu beliau sendiri telah berhubung dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong bagi mengambil tindakan susulan untuk mengenalpasti punca kemalangan itu.

“Saya amat terkejut dan dukacita mendengar berita mengenai kemalangan yang melibatkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi.

“Terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus dalam kerja-kerja membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Rentetan itu, beliau juga mengarahkan Syarikat Prasarana Nasional Berhad, sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, untuk segera menyiasat hal ini dan mengemukakan laporan terperinci mengenai punca kejadian.

“Dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan agar insiden ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berlanggar di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC malam tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 47 penumpang parah, manakala 166 lagi cedera ringan.

RapidKL memaklumkan tren LRT yang terbabit dalam kemalangan itu melibatkan tren nombor 40 dan 81.

Bagaimanapun, pihak berkaitan tidak memaklumkan secara terperinci bagaimana nahas boleh berlaku.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok