Kerajaan beri jaminan lindungi rakyat daripada ancaman Covid-19

July 19, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan akan terus melindungi kehidupan rakyat daripada ancaman Covid-19 selain memastikan prospek pertumbuhan ekonomi kekal kukuh dalam jangka sederhana dan panjang.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata usaha itu akan disokong oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta pengurusan kewangan yang berhemah.

“Kerajaan akan terus bertindak secara strategik, proaktif dan berkesan dalam suasana Covid-19 yang mencabar di samping meminimumkan kesan ekonomi yang berkekalan akibat pandemik,” kata dalam satu kenyataan hari ini ketika mengulas pengekalan penarafan oleh Fitch Ratings yang mencerminkan keyakinan terhadap prospek masa depan Malaysia.

Katanya pengekalan penarafan oleh Fitch Ratings itu membuktikan daya tahan ekonomi negara, prospek dan asas pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh serta lebihan akaun semasa yang stabil disokong kepelbagaian pasaran dan produk eksport.

Beliau berkata pengekalan penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenominasi mata wang asing pada BBB+, dengan prospek stabil itu diberikan ketika dunia berhadapan dengan tindakan semakan semula penarafan luar jangkaan, yang mana 101 prospek negatif telah diberikan menjelang akhir 2020.

Justeru, Tengku Zafrul berkata dalam bergerak ke hadapan, agenda nasional akan tertumpu kepada digitalisasi dan penggunaan teknologi serta menambah baik prospek dan daya tahan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.

“Dalam jangka sederhana, kerajaan berpegang teguh untuk melaksanakan pembaharuan struktur secara berterusan yang akan membolehkan Malaysia menarik pelaburan berkualiti tinggi serta dapat menjana pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan kekal komited dalam memastikan kemapanan fiskal negara dan konsolidasi fiskal jangka sederhana.

Menurutnya dalam tempoh sedekad lalu, defisit fiskal telah berjaya dikurangkan daripada 6.7 peratus (2009) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 3.4 peratus (2019).

“Berpandukan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana dan disokong oleh pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana secara berperingkat bagi meningkatkan dan mempelbagaikan asas hasil negara, kerajaan akan dapat meneruskan konsolidasi fiskal setelah negara pulih daripada pandemik ini.

“Ini akan dapat mengimbangi keperluan fiskal jangka pendek dengan kemampanan fiskal dan ekonomi,” katanya.

Selain itu Tengku Zafrul berkata Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan terus dipergiatkan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi, yang mana Malaysia kini adalah salah satu negara melaporkan kadar vaksinasi paling pantas di dunia dengan purata suntikan vaksinasi lebih 400,000 dos sehari.

“PICK dijangka akan meningkatkan kadar vaksinasi kepada 500,000 dos sehari serta mensasarkan 100 peratus daripada penduduk dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur divaksin dengan sekurang-kurangnya satu dos menjelang 1 Ogos di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.

“Berdasarkan pendekatan ‘fast-track’ ini, 100 peratus populasi dewasa dijangka akan divaksinasi penuh menjelang akhir Oktober 2021,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok