Kerajaan berhasrat laksana PKP 1.0 tapi kelangsungan hidup rakyat juga perlu dijaga

May 23, 2021 · Isu semasa

Kerajaan mahu mengimbangi keadaan ekonomi negara serta pada masa sama mahu memastikan kelangsungan hidup rakyat terpelihara, faktor tersebut menjadi pertimbangan untuk tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana PKP 1.0 penuh yang dilaksana pada Mac tahun lalu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya PKP 3.0 kali ini dilaksanakan sama seperti PKP 1.0 negara, impak ekonomi yang besar bakal dihadapi negara dan memberi kesan kepada rakyat yang bekerja sehingga menjejaskan punca pendapatan harian mereka, selain kemungkinan negara mengalami kerugian kira-kira sebanyak RM2.4 bilion sehari.

“Secara peribadi itu yang terbaik (laksana kembali PKP 1.0), kita tutup semua kilang, semua duduk rumah, mudah kerajaan untuk menjaga semua.

“Dahulu kita tiada pengalaman kesan penutupan, tapi kesan kepada ekonomi besar, Pak Salleh semua tak boleh buka berniaga kesannya amat besar kerugian pada negara dan pada kehidupan ekonomi kita,” katanya dalam program bicara khas malam ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan pimpinannya komited untuk sentiasa memelihara kesejahteraan negara dan kepentingan nyawa rakyat.

“Saya memberi tumpuan penuh, perbincangan pasal Covid-19 ini sentiasa menjadi keutaaman, setiap tiga kali seminggu urus mengenai sidang khas pandemik ini,” katanya lagi.

Berhubung kesan pandemik terhadap ekonomi negara, ia sememangnya sudah dijangka akan memberi cabaran yang besar bagaimanapun Muhyiddin berkata pelan pemulihan yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional sudah menampakkan hasil positif dan yakin negara di landasan yang tepat ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan.

“Perancangan kita sudah pun melihat kesannya, mungkin Covid-19 tak selesai lagi, tapi ekonomi kita sudah ada petanda peningkatan, eksport kita meningkat, import kita meningkat dan jumlah pekerja yang kita ambil mencecah 150,000 lebih daripada jadual 120,000,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, sebagai contoh pada suku pertama tahun ini ekonomi begara menunjukan kesan yang baik selepas kerajaan memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi.

“Dalam tempoh itu, Malaysia merekodkan peningkatan ekonomi antara 0.3 sehingga 0.5 peratus,” tegasnya.

Malah jelasnya unjuran badan dunia terhadap keadaan ekonomi negara juga sebagai bukti keberkesanaan pelan pemulihan ekonomi yang diambil oleh pentadbirannya.

“Unjuran badan antarabangsa, pakar kita dan Bank Negara, kita akan lihat pertumbuhan 6.5 ke 7.0 peratus tahun ini, Ada masa empat ke tujuh bulan untuk lihat ia tercapai,” katanya lagi.

Dalam pada itu menyentuh mengenai program vaksinasi negara, Muhyiddin berkata semua rakyat Malaysia dijangka akan diberi suntikan vaksin Covid-19 sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata, ia berikutan lebih banyak bekalan vaksin yang akan diterima Malaysia menerusi pembelian yang dilakukan.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok