Kerajaan berbelanja besar perangi pandemik demi rakyat, negara

April 2, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedia berbelanja besar demi menyelamatkan nyawa rakyat dan memperkukuhkan semula ekonomi negara yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 sekarang.

Beliau berkata, penularan wabak itu amat mencabar bagi kerajaan kerana membabitkan nyawa dan menjejaskan ekonomi negara, sehingga memaksa kerajaan berbelanja besar bagi membeli pelbagai peralatan, termasuk vaksin, selain memastikan katil hospital mencukupi serta menambah bilangan doktor dan jururawat.

“Ini kita lakukan kerana kita perlu menyelamatkan setiap nyawa rakyat dan kerajaan telah membelanjakan antara RM7 bilion hingga RM8 bilion untuk selesaikan masalah Covid-19, dan jumlah itu belum lagi termasuk wang untuk pembelian vaksin,” katanya pada perjumpaan dengan masyarakat di Kota Samarahan, hari ini.

Muyiddin berkata kerajaan telah membeli vaksin dalam kuantiti yang banyak kerana tidak mahu mengambil mudah nyawa rakyat.

Perdana Menteri juga berkata, walaupun berdepan situasi paling sukar dalam sejarah negara berikutan penularan pandemik itu, rakyat kekal bersatu.

Katanya, sebaik sahaja dilantik menjadi perdana menteri, beliau terus berdepan dengan pandemik Covid-19 menyebabkan langkah segera perlu diambil.

“Keputusan terpaksa diambil dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya rakyat selamat daripada musibah pandemik di seluruh negara. Walaupun kesannya besar tetapi tujuannya (penguatkuasaan PKP ialah) supaya rakyat selamat,” katanya.

“Kerajaan terpaksa mengambil langkah mengimbangi nyawa rakyat dan kesan ekonomi, kerana hampir semua sektor ekonomi terpaksa ditutup sehingga menyebabkan negara kerugian RM2.4 bilion,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga telah mengumumkan pelbagai pakej bantuan bernilai RM300 bilion bagi membantu golongan yang terkesan dan keadaan kini beransur pulih dengan hampir 100 peratus sektor ekonomi sudah dibuka semula kecuali beberapa sektor seperti pelancongan.

“Kita kini bersedia untuk kembali beroperasi seperti asal dan kita boleh nampak cahaya di hujung terowong,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
8 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
8 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok