Kerajaan belum bincang laksanakan GST semula setakat ini: Mat Maslan

January 11, 2023 · Isu semasa

Tiada sebarang keputusan muktamad atau perbincangan mengenai pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad berkata buat masa ini kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan percukaian sedia ada pada masa ini dan sekiranya terdapat perbincangan berhubung pengenalan GST, ia akan diumumkan kelak.

“Setakat itulah yang boleh saya katakan (mengenai GST). Kerajaan belum berbincang atau ada sebarang keputusan mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Akauntan Nasional 3.0 hari ini.

Ahmad bagaimanapun menyifatkan pelaksanaan GST sebagai satu langkah baik sehinggakan 83 peratus negara di dunia telah melaksanakan sistem percukaian tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan kini sedang meneliti cara untuk menambah pendapatan kerajaan tanpa perlu memperkenalkan cukai baharu.

“Usaha ke arah itu sedang dibuat. Sebagai contoh, kita boleh mengurangkan ketirisian dari segi penyeludupan (barangan). Ada yang menyatakan bahawa pelarian cukai rokok misalnya membabitkan jumlah lebih kurang RM5 bilion.

“Jika kita dapat mengetatkan semua perkara bagi mengelak pelarian cukai dan penyeludupan rokok, maka tanpa sebarang cukai baharu, kerajaan boleh mendapat (pendapatan) tambahan sebanyak RM3 bilion hingga RM5 bilion,” katanya.

Mengulas isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), beliau berkata pihak Bank Negara (BNM) wajar memberi penjelasan kepada rakyat jika terdapat sebarang pengumuman baharu mengenainya.

Beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada BNM serta kepentingan untuk masyarakat mendapat pemahaman lebih jelas mengenai hubungan OPR, inflasi, kadar tukaran wang serta pertumbuhan ekonomi.

“Rakyat mungkin tidak faham kerana itu bukan bidang mereka. Oleh itu, adalah menjadi tugas BNM untuk menjelaskan kepada rakyat sebelum membuat pengumuman yang hanya mereka faham,” katanya.

Berita berkaitan
RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
September 5, 2023· Isu semasa
PRK: Mat Maslan gesa pengundi jangan sokong pembangkang, tak ada faedah
August 29, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
17 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok