Kerajaan beli empat juta dos Pfizer, bukannya sumbangan EU

June 23, 2021 · Isu semasa

Empat juta dos vaksin Pfizer yang habis disuntik di lengan rakyat adalah dibeli oleh kerajaan Malaysia, bukan sumbangan Kesatuan Eropah (EU), tegas Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam dalam kenyataan balas di Twitter bagi menjawab persoalan dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, juga menjelaskan 445,000 dos vaksin sama yang juga dibeli dijangka tiba minggu ini.

“YB @guanenglim (Yang Berhormat Lim Guan Eng), semuanya di lengan rakyat Malaysia. Setakat semalam, 6.3 juta dos sudah diberikan.

“Empat juta Pfizer yang dibeli sudah tiba, manakala 445,000 dos dijangka sampai minggu ini dan minggu seterusnya, menjadikan semuanya berjumlah 4.87 juta dos seperti diluluskan untuk dieksport.

“Sebanyak 828,000 dos AstraZeneca dari pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, COVAX pula diterima menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF),” katanya hari ini.

Katanya semua vaksin Pfizer sudah diberikan kepada penerima yang layak sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan 23 Februari lalu.

Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas, semalam dilaporkan berkata EU meluluskan eksport lima juta dos vaksin Pfizer ke Malaysia, seiring usaha kesatuan itu dalam membantu mempercepatkan program suntikan pelalian dan mencapai imuniti kelompok.

Berdasarkan perangkaan sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 4.87 juta dos vaksin Pfizer sudah dieksport ke Malaysia, selain 560,000 dos AstraZeneca menerusi COVAX.

Mohd Ghows berkata Malaysia tidak pernah menerima sebarang peruntukan dos vaksin menerusi COVAX, kecuali AstraZeneca.

“Walaupun dapat daripada COVAX, kita masih perlu bayar, ia bukan sumbangan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022· Politik
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
8 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
9 jam lalu · Isu semasa
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
12 jam lalu · Isu semasa
1,576 kes baharu, tiga kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok