Kerajaan bantu sediakan 320,000 peluang kerja

August 5, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 320,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara setakat ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini menyasarkan mewujudkan 500,000 pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran melalui kerjasama strategik dengan pemain industri.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion menerusi program PenjanaKerjaya di bawah Belanjawan 2021 dengan PenjanaKerjaya 2.0 berjaya membantu lebih 141,000 orang mendapat pekerjaan.

“PenjanaKerjaya 3.0 pula diperkenalkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan beberapa penambahbaikan.

“Ini seperti mengurangkan had kelayakan gaji bagi program Malaysianisation dan pelonggaran tempoh kontrak penggajian bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan Orang Kurang Upaya dan bekas banduan,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-64 yang dikeluarkan pada Khamis.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan turut menyedari keperluan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro melunaskan pelbagai komitmen seperti bil-bil, sewa dan bayaran gaji pekerja.

Menyedari keadaan itu, katanya, pelbagai bantuan berterusan telah dan sedang dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan serta melonjakkan kembali perniagaan mereka.

Ini termasuk peruntukan hampir RM20 bilion untuk Program Subsidi Upah dengan sejumlah RM15.6 bilion telah disalurkan setakat ini bagi memberi manfaat kepada lebih 330,000 majikan selain menyelamatkan 2.8 juta pekerja daripada kehilangan pekerjaan, kata beliau.

“PKS yang mengalami kekurangan pendapatan akibat Covid-19 akan diberi subsidi upah sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja yang dihadkan kepada 500 pekerja,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bermula bulan ini juga, subsidi upah tersebut akan diperincikan dalam slip gaji setiap pekerja yang menerima kemudahan berkenaan.

Selain itu, mengulas isu seperti saiz pakej bantuan yang dibangkitkan pada mesyuarat khas Dewan Rakyat baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa kerajaan telah memperkenalkan sebanyak lapan pakej ekonomi bernilai RM530 bilion sejak tahun lepas, termasuk belanjawan terbesar dalam sejarah negara iaitu Belanjawan 2021 yang bernilai RM322.5 bilion.

“Bayangkan, walaupun ekonomi negara sedang gawat paling teruk sejak Perang Dunia Kedua, kerajaan masih komited dan mampu untuk meyediakan pakej bantuan yang keseluruhannya bernilai RM305 bilion atau 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ini merupakan antara kadar terbesar berbanding pakej-pakej rangsangan di negara lain seperti Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” katanya.

Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kunci utama semua usaha pemulihan serta kejayaan menangani Covid-19 itu tetap bergantung kepada pencapaian tahap vaksinasi terbabit.

Berita berkaitan
Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka
August 2, 2022· Isu semasa
Pembentangan Bajet 2023 mengikut jadual, tiada PRU-15 sebelum Oktober?
July 9, 2022· Politik
Zafrul perlu tawan hati akar umbi jika mahu jadi calon: Mat Maslan
June 17, 2022· Politik
Sistem GST akan ditambah baik jika diperkenalkan semula: Zafrul
June 10, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
2 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
1 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok