Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH

May 15, 2023 · Isu semasa

Permohonan Malaysia untuk mendapatkan kuota tambahan jemaah haji belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi.

Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata walaupun sudah memohon untuk mendapatkan kuota tambahan, namun setakat ini tidak ada keputusan muktamad diterima daripada kerajaan Arab Saudi.

“Insya-Allah, saya juga pun masih tunggu kuota tambahan kerana seperti biasa setiap tahun memang pihak kerajaan kita ada mohon,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Pada 29 April lalu, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pihaknya menjangka kuota tambahan sebanyak 10,000 lagi untuk musim kali ini dapat diketahui awal bulan ini.

Ia susulan kejayaan Malaysia telah memperoleh kuota ekstra kira-kira 350 orang diluluskan kerajaan Arab Saudi menerusi sesi permohonan rayuan pertama awal bulan lepas.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang khabar mengenai isu tersebut ketika Indonesia pada 8 Mei lalu mengumumkan negara jiran itu mendapat kuota tambahan.

Menteri Agamanya, Yaqut Cholil Qoumas dipetik media tempatan mengesahkan republik itu menerima lagi kuota ekstra sebanyak 10,000 lagi selain 221,000 untuk kuota rasmi.

Malaysia sebaliknya tiada memperoleh apa-apa makluman terkini, malah Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan di Putrajaya semalam memberikan ‘isyarat’ tiada kuota tambahan.

Siri terakhir itu sebaliknya hanya memaparkan kumpulan terakhir penerbangan yang akan bertolak dari tanah air pada 21 Jun depan sebagai genap kuota biasa 31,600 orang.

Mengulas lanjut, Syed Saleh namun enggan menyatakan sama ada permohonan rayuan Malaysia berjaya atau gagal kerana ia terpulang atas pertimbangan kerajaan Arab Saudi.

“Negara itu juga perlu beri perhatian kepada banyak negara lain lagi yang memohon kuota tambahan dan kali ini mungkin akan berlaku kelewatan pengumuman rasmi,” jelasnya.

Beliau walau bagaimanapun berharap ada berita gembira dari Arab Saudi mengenai isu tersebut kerana ia sekali gus mengurangkan tempoh giliran menunggu bakal jemaah.

Ketika ini, pendeposit TH yang mendaftarkan ibadah tersebut akan menerima giliran untuk tempoh 115 tahun akan datang susulan kekangan kuota yang ditetapkan Arab Saudi.

Keadaan itu menyebabkan ada bakal jemaah yang terdesak kerana faktor usia lanjut, sanggup memohon visa furada dan ada menjadi mangsa penipuan oleh agensi tertentu.

Negara ini pernah mendapat kuota tambahan sehingga lebih 40,000 orang sebelum musim haji 2018 lalu kerana hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
23 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok