Kerajaan akan perluas pemberian vaksin secara pandu lalu

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu.

Langkah memperluaskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu akan dilaksanakan ke seluruh negara bagi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Dr Noor Azmi berkata PPV dapat memudahkan proses suntikan vaksin disamping mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan terutamanya bagi suntikan dos kedua vaksin.

“Memang apa yang kita dapat lihat pilot study (kajian rintis) dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) (di Kelantan) berjaya dan sekarang Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (di Cheras) serta daerah Kinta di sini pula akan buat, maka saya percaya cara pandu lalu ini akan tambahkan bilangan orang yang disuntik vaksin.

“Pandu lalu ini tentu memudahkan terutamanya melibatkan pemberian dos kedua yang dapat dipercepatkan,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Noor Azmi melawat ke PPV Kinta di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Katanya dua lagi PPV pandu lalu di Perak iaitu di Stadium Indera Mulia dan Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya bagi daerah Kinta akan dimulakan pada 10 Jun ini dengan sasaran 2,400 suntikan sehari berbanding 1,800 dos sebelum ini.

Dr Noor Azmi berkata Kementerian Kesihatan telah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), baru-baru ini bagi mempercepatkan penghantaran lebih banyak bekalan vaksin ke negeri ini.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021