Kerajaan akan jalankan saringan pandu lalu bagi warga Wilayah Persekutuan

May 30, 2021 · Isu semasa

Susulan jumlah jangkitan kes Covid-19 yang tinggi di Wilayah Persekutuan, kerajaan merancang untuk menjalankan ujian saringan secara pandu lalu kepada penduduk yang menetap di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata rancangan untuk mewujudkan pusat ujian saringan komuniti Covid-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) secara percuma itu antara inisiatif tambahan kepada saringan komuniti secara percuma di kawasan perumahan awam (PA) dan projek perumahan rakyat (PPR) yang dijangka bermula 7 Jun ini.

“Kita sedang bekerja keras untuk memastikan mulai 7 Jun, kita memulakan pemberian ujian saringan RTK-Ag secara percuma untuk warga Wilayah Persekutuan.

“Selain PPR dan PA, dua pusat ujian secara drive thru (pandu lalu) sedang dirancang. Menjelang 15hb (Jun) kita akan tambah bilangan lokasi,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Selasa lepas, Annuar mengumumkan pelaksanaan saringan komuniti Covid-19 jenis RTK-Ag secara bersasar dan percuma dengan melibatkan kumpulan pertama 20,000 warga emas dan rentan bermula awal Jun di kawasan PA, PPR, kampung tradisional serta lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Wilayah Persekutuan dengan jadual saringan akan dimaklumkan kemudian.

Pelaksanaan itu merupakan antara tujuh Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) 5.0 untuk kemudahan serta mengurangkan beban warga Wilayah Persekutuan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 khususnya golongan B40 dan miskin bandar.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok