Kerajaan akan bantu industri penerbangan: Tengku Zafrul

September 8, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan tempatan, sekali gus mencari kaedah untuk membantu industri tersebut menanganinya, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian terhadap cabaran yang dialami, terutamanya dari segi mengembangkan dan mengekalkan perniagaan serta birokrasi berpanjangan yang mungkin menghalang pelabur asing dan domestik untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Yakinlah bahawa kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini,” katanya ketika berucap pada Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022 di Subang, hari ini.

Tengku Zafrul berkata industri aeroangkasa dan penerbangan disifatkan sebagai antara pemacu utama untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Sebelum pembukaan semula sektor ekonomi, amat penting bagi Kerajaan Persekutuan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dalam sektor strategik termasuk industri aeroangkasa dan penerbangan,” katanya.

Pada masa depan, Tengku Zafrul berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mendapat sokongan daripada aktiviti sosial dan ekonomi yang teguh, serta permintaan domestik dan asing yang kukuh berikutan peralihan negara ke fasa endemik Covid-19 dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Momentum pertumbuhan ekonomi diunjurkan kekal kukuh pada suku ketiga 2022, dipacu oleh kemajuan yang memberangsangkan dalam pelancongan dan perdagangan luaran, katanya.

Beliau turut yakin bahawa inisiatif yang dilaksanakan seperti penganjuran SAS akan berperanan sebagai jambatan untuk menghubungkan ASEAN dan peserta industri global serta menarik minat mereka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Ini khususnya dalam bidang penerbangan perniagaan, penerbangan am, helikopter, dron dan penerbangan sukan,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan negeri Selangor (melalui Invest Selangor) telah bekerjasama rapat dengan peserta industri aeroangkasa untuk mengenal pasti bidang kerjasama serta peluang untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dalam industri aeroangkasa dan penerbangan negara.

SAS yang dianjurkan selama tiga hari disempurnakan oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan setuju ambil 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka: Saravanan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Kerajaan tak tentukan kenaikan OPR, kata Menteri Kewangan
September 17, 2022· Isu semasa
Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, kata Pengerusi Bursa
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
10 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok