Kerajaan akan ambil langkah susulan titah Agong: Pejabat PM

June 17, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, berhubung pandangan yang diberikan Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan mengambil maklum titah pandangan Yang di-Pertua Agong seperti mana yang terkandung dalam kenyataan Istana Negara pada 16 Jun 2021.

Menurut kenyataan itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan dan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pandemik Covid-19, ordinan darurat, program inmunisasi, pakej ekonomi, bantuan kepada rakyat, sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara lain.

“Dalam sesi-sesi menghadap ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, YAB Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik Covid-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Iminisasi Covid-19 Kebangsaan,pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

“Menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” kata kenyataan itu.

Semalam, Raja-Raja Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

Dalam satu kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sementara di peringkat negeri, raja-raja berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) juga boleh bersidang secepat mungkin.

“Kaedah dan prosuder persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus Covid-19 wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini,” titahnya.

Raja-Raja Melayu turut menasihatkan pemimpin politik supaya menurunkan suhu politik yang semakin panas ketika ini.

Menurut titah itu lagi bahawa tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan Darurat selepas 1 Ogos 2021 nanti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
8 jam lalu· Politik
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
10 jam lalu· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
11 jam lalu· Politik
UMNO dan Pakatan Harapan masih kekok berkempen, masih keliru narafif politik
15 jam lalu· Politik
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
10 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
15 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok