Keputusan tatatertib Cikgu Fadli diketahui esok: Radzi

October 17, 2022 · Isu semasa

Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan membabitkan guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh yang bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia, khususnya subjek terlalu banyak melalui media sosial, akan diketahui esok.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan itu akan diserahkan oleh ahli lembaga berkenaan kepada ketua jabatan guru berkenaan.

“Saya baru dimaklumkan bahawa persidangan atau mesyuarat Lembaga Tatatertib baru sahaja tamat sebentar tadi dan Insya-Allah esok pihak urusetia berkenaan akan sampaikan keputusan melalui ketua jabatannya,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pengenalan jurulatih sukan Touch ternama dunia, Peter Walters di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1) di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dilaporkan berkata, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan oleh Mohd Fadli pada Jumaat lalu.

Pkharuddin memaklumkan, surat yang diterima Mohd Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat, kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Beliau dalam hantaran Facebooknya menyatakan, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

Mengulas lanjut, Radzi berkata perkara dibangkit Mohd Fadli itu sudah diambil tindakan oleh kementerian dan memberi contoh isu beg berat.

“KPM pada 6 Mac lalu memperkenalkan tujuh inisiatif bagi menangani perkara berkenaan antaranya penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar,” katanya.

Malah, mengenai silibus yang digunakan pula, Radzi berkata, perkara itu sudah diperkenalkan sejak 2017 selepas mengambil pandangan pelbagai pihak termasuk guru yang berkepakaran dalam bidang masing-masing dan ibu bapa.

“Ini bukan perkara baharu, bila sesuatu silibus itu diperkenalkan ia akan melalui satu pusingan, ia bermakna untuk sekolah rendah silibus yang diperkenalkan pada tahun 2017 ini akan tamat pada 2022.

“Jadi murid darjah satu pada 2017 itu naik ke darjah enam pada 2022, ia dikira satu pusingan manakala bagi sekolah menengah, pusingan bagi silibus yang diperkenalkan pada tahun sama tamat pada 2021 kerana mereka sehingga tingkatan lima sahaja.

“Saya sudah jelaskan banyak kali yang KPM terbuka dan ambil pandangan semua pihak berhubung isu silibus ini, kita sentiasa semak silibus ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ahli politik untuk tidak menggunakan isu silibus sebagai modal politik untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Radzi Jidin kini akauntan bertauliah
November 14, 2022· Isu semasa
Tadbir negara ketika pandemik, rekod jelas keupayaan PN, kata Bersatu
November 7, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok