Keputusan Rizab Persekutuan AS dorong ringgit dibuka lebih tinggi

June 16, 2022 · Isu semasa

Susulan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, nilai ringgit yang dibuka pagi ini terus meningkat tinggi berbanding dolar AS, kata peniaga.

Mata wang tempatan menokok nilai berbanding dolar kepada 4.3970/3995, pada jam 9 pagi tadi, daripada penutupan Rabu pada 4.4120/4150.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed menaikkan kadar faedah kepada antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam tadi.

“Kini terdapat lebih kejelasan akan keputusan Fed yang menunjukkan mereka mahu fokus kepada memerangi inflasi. Berdasarkan unjuran terbaru mereka, Kadar Dana Fed dijangka mencapai 3.50 peratus menjelang akhir tahun dan ini bermakna 175 mata asas lagi akan diumumkan pada baki tahun 2022,” katanya kepada Bernama.

Pada 2023, Kadar Dana Fed boleh mencapai antara 3.75 peratus dan 4.00 peratus, manakala pada 2024 ia mungkin turun kepada 3.25 peratus hingga 3.50 peratus, katanya.

Mohd Afzanizam berkata kadar kenaikan kadar faedah akan perlahan pada masa hadapan dan mereka mungkin mahu menghentikannya buat seketika pada 2023.

Justeru, ia menambah ini sepatutnya melegakan pasaran bahawa Fed komited untuk membawa pendirian dasar monetari mereka ke dalam zon sekatan yang boleh membawa kepada penyederhanaan dalam kadar inflasi.

Susulan daripada keputusan Fed, beliau berkata aset berisiko seperti pasaran ekuiti menyokong keputusan itu dengan barometer utama — S&P 500 melantun semula sebanyak 1.46 peratus untuk ditutup pada 3,789.99 mata manakala sekuriti Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun, masing-masing meningkat sebanyak 24 dan 19 mata asas untuk ditutup pada 3.19 peratus dan 3.28 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu meningkat nilainya berbanding dolar Singapura kepada 3.1697/1720 daripada penutup Rabu 3.1732/1758, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2750/2773 daripada 3.2815/2840 dan menambah nilai berbanding euro kepada 4.5962/5988 daripada 4.6277/6309 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia turun berbanding pound Britain kepada 5.3542/3573 daripada 5.3323/3360 pada penutup Rabu. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Bursa dibuka lemah pada awal sesi dagangan
June 15, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Pakar ramal ringgit kembali mengukuh menjelang akhir tahun
June 3, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
1 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok