Keputusan rayuan Khairy dalam saman fitnah Anwar pada 7 Feb

January 17, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 7 Feb untuk memutuskan rayuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mencabar saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral, 14 tahun lepas.

Tarikh itu ditetapkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Ghazali Cha dalam prosiding yang berlangsung secara maya hari ini, menurut laporan Bernama.

“Terima kasih kepada kedua-dua pihak yang telah mengemukakan hujahan bertulis dan lisan kepada mahkamah. Kami memerlukan masa untuk meneliti perkara ini,” kata Lee selepas mendengar hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy, dan Datuk Seri Gopal Sri Ram bagi pihak Anwar.

Panel itu turut menetapkan 24 Jan untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis mengenai kos.

Anwar, yang juga Presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, pada 7 Mac 2008 mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita.

Pada September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan saman Anwar terhadap Khairy dan memerintahkan beliau membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.

Hakim itu turut menolak permohonan Khairy untuk meminda penyataan pembelaannya bagi menyatakan bahawa kenyataan beliau adalah komen yang wajar.

Khairy kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi namun pada Februari 2018, Mahkamah Rayuan membatalkannya selepas membenarkan permohonan Anwar.

Pada 15 Disember tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy agar merit kes itu didengar sepenuhnya di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Sri Ram berhujah perkataan yang diucapkan oleh Khairy membawa maksud memfitnah terhadap Anwar.

“Dalam hal ini, adalah penting untuk diingat bahawa perkataan atau kenyataan yang dikompelin oleh Anwar ialah: ‘Anwar main dua-dua ikut belakang.’

“Dalam pengertian Bahasa Melayu yang biasa dan difahami oleh rakyat Malaysia (sama ada beliau Melayu atau tidak) perkataan itu merujuk kepada hanya satu perlakuan iaitu, dalam konteks ia diucapkan, homoseksualiti,” kata Sri Ram.

Beliau juga berkata aduan Anwar dalam kes ini hanya berkaitan dengan satu pertuduhan iaitu Anwar didakwa sebagai seorang homoseksual atau berkecenderungan untuk melakukan perbuatan sedemikian.

Pada prosiding sebelum ini iaitu 2 Nov 2021, Muhammad Shafee berhujah ucapan Khairy semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 adalah merujuk kepada gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya itu dan tidak mempunyai kaitan dengan kes liwat Anwar.

Beliau juga berhujah Khairy bercakap mengenai gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP semata-mata bagi tujuan menghadapi pilihan raya.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok