Keputusan rayuan akhir Najib sebentar lagi: Ketua Hakim Negara

August 23, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Memetik laporan BH, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membuat keputusan menolak permohonan Najib supaya beliau menarik diri hari ini (Selasa, 23 Ogos 2022), berkata mahkamah akan memutuskan rayuan akhir sebentar lagi.

Tengku Maimun dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan terdapat bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan berat sebelah.

Katanya permohonan itu mesti menunjukkan bahawa kenyataan oleh pihak ketiga akan menjejaskan penemuan mahkamah.

“Saya tidak nampak sebarang bahaya berat sebelah yang mencukupi untuk saya menarik diri,” katanya.

Turut bersidang ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Datuk Nalini Pathmanathan; Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Susulan keputusan itu, Najib memohon kebenaran untuk bercakap kepada panel hakim.

Najib kini sedang membaca dokumen disediakan di hadapan panel hakim.

Najib bercakap tentang kegagalan mendapat penangguhan dan layanan buruk oleh mahkamah.

“Saya rasa perbicaraan yang adil tidak diberikan kepada saya.

“Saya merayu bahawa tiada tindakan diambil ke atas apa yang saya katakan dan ia hanya datang dari hati saya. Itulah yang sebenarnya saya rasakan sebagai perayu di peringkat akhir kes.”

Najib turut membandingkan kesnya dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya kes Anwar mengambil masa lebih tujuh tahun dan 70 penangguhan untuk sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Katanya dia tidak pernah memohon penangguhan dalam rayuan kecuali setelah pemecatan peguam caranya.

Berita berkaitan
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Berjaya Corp catat kerugian bersih RM117.30 juta
August 30, 2023· Isu semasa
Pos Malaysia catat peningkatan kerugian bersih RM27.01 juta
August 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok