Keputusan Peter Anthony mohon gantung sabitan diketahui 1 Ogos

July 28, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 Ogos ini untuk keputusan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi penggantungan sabitan salah terhadapnya kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam S. Devanandan yang mewakili Peter selaku pemohon, lapor Bernama.

Terdahulu, Wan Shaharuddin berhujah permohonan pihak pembelaan tidak bermerit dan bertentangan dengan lunas undang-undang kerana Hakim Mahkamah Sesyen telah memenuhi fungsi kehakimannya.

“Dalam kes ini, pihak pembelaan telah bergantung kepada Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sebagai asas kepada permohonannya. Seksyen itu menyatakan dengan khusus bahawa seorang hakim mempunyai budi bicara dalam menentukan sama ada suatu penggantungan pelaksanaan hukuman atau sabitan boleh dibenarkan.

“Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen telah pun membenarkan penggantungan pelaksanaan bagi hukuman penjara yang telah dijatuhkan ke atas tertuduh.

“Perlu diingat bahawa tertuduh telah membayar denda yang dikenakan terhadapnya,” katanya dan menambah denda itu sebahagian daripada hukuman yang dijatuhkan terhadap Peter.

Beliau berkata dalam kes ini, pihak pembelaan telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dan ini menunjukkan keputusan Mahkamah Sesyen itu adalah ‘final order’.

Wan Shaharuddin berhujah permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tertuduh (Peter) diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan hanya boleh dibenarkan sekiranya terdapat ‘clerical error’ (tersalah tulis) seperti dinyatakan di dalam Seksyen 278 KTJ.

“Jelas sekali tidak terdapat sebarang ‘clerical error’ dan oleh yang demikian permohonan pihak pembelaan supaya Peter diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan adalah tidak berasas pada peringkat ini,” katanya.

Sementara itu, Devanandan pula berhujah permohonan anak guamnya untuk menggantung pelaksanaan sabitan dibuat dengan alasan yang sama seperti dalam dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan alasan terdapat keadaan istimewa mengikut Seksyen 311 KTJ.

Peguam itu berkata rayuan Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap terhadap sabitan dan hukuman adalah bermerit dan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.

“Jika permohonan ini tidak dibenarkan, pemohon yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang merupakan sebuah parti politik di Sabah tidak boleh bertanding pada PRU15 yang bakal diadakan.

“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan. Jika tidak dibenarkan, pemohon akan hilang kelayakan untuk bertanding dan ia menyebabkan prejudis kepadanya. Oleh itu, sabitan ini perlu digantung sementara untuk membolehkan beliau bertanding,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memohon sabitan itu digantung sehingga rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati Peter bersalah, diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter, 51, selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Hakim itu juga membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu selesai, namun memerintahkan denda RM50,000 itu dibayar pada hari itu (26 Mei lepas).

Berita berkaitan
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
5 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
16 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok