Keputusan penghakiman rayuan akhir kes SRC Najib hari ini atau…

August 23, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan hari ini (Selasa, 23 Ogos 2022) dijadual menyambung perbicaraan rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, berhubung dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mungkin membuat penghakiman serta-merta atau menangguhkannya ke suatu tarikh lain, jika peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik tetap enggan mengemukakan sebarang hujahan.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.

Pada Jumaat lalu, Hisyam memaklumkan kepada panel itu bahawa beliau tidak akan membuat sebarang hujahan sama ada secara bertulis atau lisan bagi membela Najib.

Tengku Maimun, berkata mahkamah akan menangani perkara itu pada Selasa (hari ini).

Pendakwaan, yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram, ketika mengakhiri hujahan pada Jumaat berkata mahkamah boleh terus membuat keputusan walaupun tiada hujahan daripada peguam Najib.

Najib memulakan hari pertama rayuan terakhir itu pada 15 Ogos lalu yang penuh dengan drama apabila mengemukakan permohonan memasukkan bukti baharu yang mengaitkan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Prosiding itu, yang bermula pada Khamis, menyaksikan pelbagai drama menarik dengan Hisyam Teh memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib, namun permohonannya ditolak oleh mahkamah yang kemudian mengarahkan pendakwaan untuk mengemukakan hujahan mereka terlebih dahulu.

Hisyam Teh turut memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa Najib telah menggugurkan peguam caranya Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) daripada mewakili beliau.

Beliau sekali lagi memohon supaya prosiding itu ditangguh sehingga Khamis ini kerana mempunyai kes lain pada Selasa dan Rabu namun ditolak oleh mahkamah.

Pada 16 Ogos lalu, mahkamah menolak permohonan Hisyam Teh untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu dan mengarahkan agar ia diteruskan pada 18 Ogos.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan menjatuhi hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd Nazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Dia dibebaskan dengan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu pelupusan rayuan itu.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara dan denda.

Berita berkaitan
Zaman ‘merpati’ jadi PM, Anwar dakwa hanya tidur atas lantai di penjara
September 23, 2022· Politik
Tak pernah lihat badan kehakiman bebas seperti sekarang: Musa Hitam
September 15, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Khairy sangkal dakwaan ubat diberi kepada Najib ditukar
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
18 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok