Keputusan palsukan dokumen Peter Anthony diketahui esok

May 25, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony akan mengetahui nasibnya esok, sama ada dilepaskan atau disabitkan atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi, lapor Bernama.

Pada 18 Feb lepas, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan tiga saksi dengan Peter sebagai saksi pembelaan pertama pada prosiding yang bermula 9 Feb lepas.

Dua saksi lain ialah pembantu peribadi Peter, Imy Christopher, 36, dan pengurus forensik digital di Siaga Informatics Sdn Bhd, Nurul Aiman Azmail, 34.

Pada peringkat pendakwaan pula, 15 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah di UMS (bagi tempoh 3 April 2013 hingga 31 Julai 2018), memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 5 April 2021.

Pada 14 Dis 2021, mahkamah memerintahkan Peter, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Haresh Prakash Somiah dan Francine Cheryl Rajendram manakala peguam S. Devanandan mewakili Peter.

Berita berkaitan
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
July 2, 2022· Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Din Ketapi umum keluar parti lagi, tapi masih mesra kerajaan
June 28, 2022· Politik
Dipetik dalam kes rasuah Zahid, Shafie Apdal enggan komen
June 19, 2022· Politik
Popular
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Baling bah: Muhyiddin arah Bersatu hantar bantuan segera
20 minit lalu · Isu semasa
Zahid sahkan kepada mahkamah perbelanjaan ketika di luar negara
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit susut berbanding dolar AS
2 jam lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
4 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
9 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok