Keputusan pakai pelitup muka dibuat berasaskan data, kajian: MPN

September 7, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya keputusan menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan sebagai pilihan individu, dibuat berasaskan data dan kajian saintifik dari sudut kesihatan awam.

Beliau berkata keputusan itu harus diterima semua pihak mengambil kira banyak negara termasuk United Kingdom kini sudah membenarkan rakyatnya tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam kenderaan awam atau di tempat yang sesak, menurut laporan Bernama.

“Ini satu perkembangan yang saya fikir agak baik. Kita tidak boleh paksa (orang ramai memakai pelitup muka) kalau situasi (pandemik Covid-19) sudah bertambah baik, dan kita juga perlu fikirkan keselesaan, cuma kena berjaga-jagalah.

“Kalau kita rasa macam tidak selesa dan hendak pakai, pakailah tetapi kalau rasa sudah selamat walaupun keadaan tidak berapa tentu selamat, itu terserah kerana ia (pemakaian) sudah tidak menjadi satu perkara seperti dulu,” kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku autobiograpi Tan Sri Ampikaipakan Kandiah berjudul ‘The Doctor Will See You Now: My Life with Ampikaipakan Kandiah’ yang ditulis oleh Thamayanthi Devi Ampikaipakan di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Vivekananda, Brickfields di Kuala Lumpur hari ini.

Petang tadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk tidak memakainya.

Pemakaian pelitup muka juga masih diwajibkan bagi situasi kes positif Covid-19 yang perlu ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) untuk menjalani penilaian kesihatan, serta ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan semasa berada di fasiliti kesihatan.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok