Keputusan kes tuntutan palsu RM38.4 juta bekas SUB KBS ditangguhkan lagi

May 20, 2023 · Isu semasa

Keputusan melibatkan kes rasuah bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arshad ditangguhkan lagi sehingga 6 Julai nanti.

Sepatutnya keputusan tersebut ditetapkan pada 19 Mei 2023 (Jumaat), bagaimanapun Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Kamarudin Kamsun memaklumkan belum bersedia mengumumkan sama ada tertuduh disabitkan atau disabitkan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram 11 tahun lalu.

Kes itu sudah berlangsung selama tujuh tahun sejak Otman, 64, didakwa pada pada 31 Mac 2016 manakala pihak pembelaan menutup kes pada 29 November 2022 setelah mengemukakan keterangan tertuduh yang merupakan satu-satunya saksi pembelaan.

Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.

Kejadian didakwa dilakukan di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini di antara 28 Februari 2012 dan 18 November 2015.

Hakim berkenaan menyatakan beliau perlu meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan kes berkenaan dan mengarahkan tarikh baharu ditetapkan.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Otman dan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol tidak membantah tarikh tersebut.

Prosiding itu ditangguhkan sebanyak empat kali termasuk hari ini. Keputusan sepatutnya diumumkan pada 30 Mac lalu namun ditangguhkan kepada 19 April kerana pihak pembelaan memohon masa memfailkan hujahan tambahan.

Pada 19 April, kes sekali lagi ditangguhkan sehingga 12 Mei selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan atas alasan yang sama.

Bagaimanapun, pada 12 Mei, kes ditangguhkan ke hari ini kerana mahkamah tidak bersidang pada hari tersebut.

Berita berkaitan
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu· Politik
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
June 3, 2023· Politik
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
June 2, 2023· Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
June 2, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok