Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept

September 13, 2022 · Isu semasa

Peguam Datuk Seri Najib Razak yang berdepan saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengetahui keputusan mahkamahnya pada 28 September ini.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menjadi peguam bela kepada bekas Perdana Menteri itu sebelum ini disaman LHDN melibatkan kes tunggakan cukai pendapatan lebih RM9 juta.

Peguamnya, Wee Yeong Kang, berkata tarikh itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, ketika pendengaran kes berkenaan menerusi aplikasi Zoom.

“Semua dokumen membabitkan kes itu sudah difailkan sebelum ini dan tiada dokumen tambahan dikemukakan hari ini.

“Keputusan kes menerusi aplikasi sama, pada jam 11 pagi, 28 September,” katanya ketika dihubungi selepas selesai pendengaran kes berkenaan.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 6 Mei lalu di Mahkamah Tinggi, dengan menamakan Shafee, 69, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen diperoleh media, peguam berkenaan mempunyai tunggakan cukai tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Mengikut pernyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016, defendan ditaksirkan dengan cukai pendapatan berjumlah RM621,291.85, RM978,854.11, RM3,581,500.000, RM1,735,124.03 dan RM1,826,557.87 melalui Notis-notis Taksiran bertarikh 27 Mei 2019.

Plaintif mendakwa, Notis-notis Taksiran itu dihantar secara pos berdaftar kepada defendan pada 31 Mei 2019, ke alamat terakhirnya di Jalan Tunku, Bukit Tunku, di sini, yang diketahui plaintif pada masa itu dan notis berkenaan tidak pernah dikembalikan kepada plaintif tanpa serah.

Menurut plaintif, seterusnya lebihan kredit sebanyak RM186,965.48 digunakan dan ditolak sebagai sebahagian bayaran cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2011 itu, meninggalkan baki yang masih terhutang dan perlu dibayar sebanyak RM434,326.37 bagi tahun taksiran berkenaan.

Defendan gagal untuk membayar jumlah cukai sebanyak RM434,326.37, RM978,854.11, RM3,581,500.00 dan RM1,735,124.03 dan RM1,826,557.87 dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis-notis Taksiran itu kepadanya (defendan) seperti ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh itu, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus masing-masing dikenakan dan ditambah ke atas keseluruhan cukai pendapatan bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 yang masih belum dibayar.

Dakwa plaintif sehingga kini, defendan masih gagal membayar kepada plaintif amaun cukai pendapatan yang masih terhutang dan genap masanya yang perlu dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016, termasuk kenaikan dikenakan ke atasnya, semuanya berjumlah RM9,414,708.32.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM9,414,708.32, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Berita berkaitan
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu· Politik
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok