Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September

July 1, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baharu 1 September depan bagi membuat keputusan berhubung kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Menurut BH, Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader yang ditemui selepas prosiding pengurusan kes berkenaan berkata, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak hadir pengurusan kes hari ini melalui surat pada 29 Jun lalu, dengan kehadiran isteri bekas perdana menteri itu dikecualikan.

Pada 12 Mei lalu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan untuk memberikan keputusannya pada 7 Julai ini. Bagaimanapun, pada pengurusan kes dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas hari ini, tarikh berkenaan dilapang dan dijadualkan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn mengesahkan perkara itu dan memberitahu, hakim mahu memberikan keputusan pada Ogos ini tetapi pihak pendakwaan dan pembelaan hanya bersetuju bagi tarikh September.

Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi iaitu Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM), Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu diperintah membela diri pada 18 Februari tahun lalu terhadap tiga tuduhan rasuah selepas Mohamed Zaini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dia mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Dalam pada itu, pada 24 Jun lalu, Rosmah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes berkenaan dan memohon perbicaraan penuh kes itu yang berlangsung sejak 2018 terbatal dan tidak sah.

Permohonan terbabit akan didengar pada 6 Julai ini.

Sebelum ini, Rosmah memfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi, tetapi ditolak dan rayuannya terhadap permohonan itu juga ditolak Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan terbaharunya, Rosmah memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah salah di sisi undang-undang.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok