Keputusan kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette petang esok

September 1, 2022 · Isu semasa

Ketika negara menumpukan perhatian kepada keputusan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor hari ini (1 September 2022), nasib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, berkaitan kes rasuah, akan diketahui jam 3 petang esok (Jumaat, 2 September).

Keputusan sama ada kedua-duanya akan dipanggil membela diri atau dibebaskan akan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob, selepas mahkamah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya seorang selebriti berdepan tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra dalam unit amanah bernilai RM150 juta.

Sekiranya mahkamah memutuskan memihak kepada pihak pendakwaan bahawa terdapat kes prima facie terhadap Bung Moktar, sebagai defendan pertama dan Zizie Izette tertuduh kedua, maka mereka akan diperintah membela diri.

Bagaimanapun, jika hakim memutuskan sebaliknya, kedua-dua tertuduh akan dibebaskan daripada pertuduhan.

Prosiding kes ini bermula pada Januari 2020, dengan pihak pendakwaan memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How; Datuk Faridz Gohim Abdullah; Mohd Sophian Zakaria; Mohamad Fadhly Mohd Zamry; dan Siti Noor Hafizah Zakaria.

Pasukan pembelaan diketuai oleh Datuk K Kumaraendran; M Athimulam; dan Ridha Abdah Subri.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai suapan untuk memberi kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili atas nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Berita berkaitan
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu· Isu semasa
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
16 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
9 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok