Keputusan kes pinda audit 1MDB: Najib tiba di mahkamah, Hakim Zaini akan umum keputusan

March 3, 2023 · Isu semasa

Keputusan membabitkan kes pinda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan disampaikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan pagi ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendengar keputusan hari ini sama ada beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit syarikat tersebut.

Najib tiba dari Penjara Kajang tiba di Kompleks Mahkamah KL pada 8.42 pagi untuk mendengar keputusan bagi pertuduhan meminda laporan audit 1MDB di peringkat pendakwaan.

Najib, 70, didakwa pada 12 Disember 2018, menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Pengauditan Akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindunginya daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan menutup kesnya pada 7 September tahun lalu, selepas memanggil 16 saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung selama 43 hari bermula pada 18 Februari 2019.

Ia kemudian menawarkan 18 saksi kepada pembelaan, antaranya bekas Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Antara saksi utama yang memberikan keterangan terhadap Najib sepanjang perbicaraan ialah Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok