Keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB ditangguh 3 Mac

January 18, 2023 · Isu semasa

Keputusan sama ada Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy bebas atau diperintah membela diri ditangguh pada 3 Mac depan.

Sepatutnya keputusan berhubung kes pindaan laporan audit 1MDB itu dibuat pada 30 Januari, ia bagaimanapun ditangguh pada sehingga Mac.

Menurut laporan FMT, menerusi emel kepada pihak pendakwaan dan pembelaan, hari ini, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas, berkata Hakim perbicaraan, Zaini Mazlan akan memberikan penghakimannya pada 3 Mac.

Tiada alasan diberikan bagi penangguhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, mengesahkan perubahan tarikh baru itu.

Beliau sebelum ini menetapkan 30 Jan sebagai tarikh keputusan selepas mendengar hujahan lisan daripada pihak berkaitan pada 16 Nov.

Pendakwa Raya Ad-Hoc Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan, manakala bekas Perdana Menteri diwakili peguam Tan Sri Shafee Abdullah dengan Arul Kanda diwakili N Sivananthan.

Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019.

Najib didakwa menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan imuniti daripada tindakan perundangan dan mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Arul Kanda dituduh bersubahat bersama Najib melakukan kesalahan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, antara 22 dan 26 Feb 2016.

Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya terhadap tujuh pertuduhan dalam kes SRC International, pada 23 Ogos lalu.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
20 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
20 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok